ANNE, SERI KELEMAK, ALOR GAJAH, MELAKA. MAJLIS BERTUNANG BAGAIKAN NIKAH!
Selamat bertunang buat Anne dan Adnin. Lama sungguh Gee tidak mengupdate blog baru sekarang giliran Anne untuk sesi paparan di blog ini. Alhamdulillah masa majlis bertunang tu semuanya berjalan lancar dan tiada yang kurang di mata Gee. Pagi tu Gee memulakan solekan seperti biasa dan solekan ini sesuai untuk pertunang yang glamour. Cuma bawah mata anne kurang diberi penekanan pada celak hitam kerana matanya sudah sedia bundar. Cantik sungguh Anne memakai baju light purple dan padan dikenakan ditubuhnya yang genit itu. Simple tapi menyerlah. Namun kemeriahan yang dilihat dari sudut hantaran dan bilangan tetamu yang datang mengalahkan majlis pernikahan. Ramai sanak-saudara Anne yang datang memang meriah!Sempat juga Gee menyuruh Anne berposing di atas katil yang dihias ringkas yang bertemakan purple. So Sweet. Purple lagi! Minggu sudah warna ini menjadi pilihan banyak pengantin ini bermakna warna purple merupakan warna kegemaran pengantin masa kini. Anne di grafikkan ke dalam cover majalah pengantin. Macam model betullah... huhuhu :)
Ulasan
heeee...ni anne laa.. ;)
malu...malu...maluu... ;P
tp sukee...TQ gee ;)
jumpe lg tuk majlis kawen anne next year plak ye... ;)