PERSANDINGAN ERNIE ZURAIDA

Makeover Ernie Zuraida dari puchong. Simple dan kemas. Gadis yang aktif dalam bidang sukan (Bola Jaring) akan menamatkan zaman bujangnya. Tak sangka dengan pertemuan kakak Ipar Zuraida menemukan siapa Ernie. Rupa-rupanya kakak Iparnya merupakan kawan kat opis Gee tetapi dia department yang berlainan. Huhuhu tak sangka dunia ni kecil jer... Jangan Lupa tunggu gambar makeover Ernie nanti. Walaupun gambar yang Gee terima kurang jelas tetapi keseronokan untuk berkongsi tu ada. Itu yang lebih pentingkan...
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ
Berikut adalah gambar Ernie. Untuk memakeoverkan Ernie agak sukar juga terutama dibahagian mata. Penekanan kepada mata amat penting bagi Gee kerana mata Ernie agak sepet. Namun solekan smocky penyelamat bagi masalah ini. Penggunaan bulu mata yang panjang kehadapan memberikan ilusi berlainan. Matanya akan kelihatan sedikit besar. Cuma Gee ralat tidak dapat mengekori Ernie kerana sejurus memakeoverkannya Gee terpaksa bergegas ke Shah Alam kerana untuk job lain. So Gee mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ernie dan Fadlie.
Thanks to Ernie kerana antara gambar-gambar ini hasil dari sumbangannya. Kalau boleh Gee nak gambar dari photographer lebih jelas untuk ditatap.

Ulasan

Catatan Popular