KULIT TANT PILIHAN HANAFI
Sudah lama rasanya Gee tidak mengemaskini blog. Solekan seterusnya adalah untuk Isteri Hanafi untuk majlis bertandang dan berinai. Hanafi ni merupakan junior Gee masa kat sekolah Gee dulu. Abangnya pula adalah rakan sekelas Gee, Arifin namanya. Kiranya tidak kekoklah Gee untuk meminta itu dan ini kerana kami sudah kenal. Sampai saja di rumah Hanafi di Rumah Awam Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka ni terasa tersentuh di hati mengenang kisah sekolah kami ketika beraya dirumah rakan-rakan dahulu.
Sampai sahaja Gee disambut oleh keluarga Hanafi. Kemudian Gee bertemu pula dengan rakan sekolah Gee mengerumuni Gee di muka pintu bilik pengantin. Azharlah sapa lagi yang suka mengusik Gee masa zaman sekolah dulu. Meeka terperanjat dan tidak menyangka Gee terlibat di dalam dunia andaman ni... huhuhu... MALAYSIA BOLEH!
Untuk Makover pengantin ini, Gee sedikit bimbang dengan ton kulitnya kerana kulit tant kebiasaannya menjadi masalah dalam dunia solekan kerana bimbang jika tidak sesuai dengan warna foundation. Alhamdulillah dengan ilmu dan pengalaman Gee, Gee dapat menyelesaikannya. Apa lagi hijau dan oren stick jadi taruhan sebagai base kemudian menggunakan warna base kulitnya warna 5 atau 6. Lihatlah hasil kerja Gee.
Baju kuning ni kawan sekolah Gee dulu. Sibuk nak tengok hasil solekan Gee. Namanya Norliza Abdullah... Kami bersembang tentang dunia solekan, kerjaya dan masa depan.
Pose maut di dinding rumah orang menjadi pilihan Gee.. Suka dengan kombinasi warna grey dinding dengan warna putih gown. Huhuhu... orang kampung kat situ macam pelik jer bila kami membuat photoshoot kat dinding ni... :PMalam berinai biasalah solekan agak style sikit sebab mengikut tema baju. Traditional katanyakan... Apa-apapun tahniah buat korang berdua. Selamat Pengantin Baru! Maaflah lambat upload. :)

Ulasan