KENANGAN TERINDAH BUAT DALINA & HAIDER DI BENDANG SUNGAI SIREH, TANJUNG KARANG.
Darlina merupakan gadis pendiam yang tidak banyak merungut cuma mementingkan aspek ketepatan dan juga kemasan majlisnya lengkap dan berjalan lancar. Seorang gadis yang lucu.
Untuk memakeoverkan Darlina agak sukar juga kerana perlu mengimbangi matanya agak mengecil. Perubahan perlu dibuat pada kening supaya mukanya akan lebih dramatik. Penggunaan soft smocky socket ungu, cream color dan hitam menjadi pilihannya. Cara begini boleh mengaburi mata yang menatap wajahnya agar simetri mata menjadi sempurna. Base hijau, oren dan juga warna 4 menjadi base foundationnya. Kemudian diserikan lagi dengan foundation khas dan juga shading.

Pernikahan mereka dilakukan di masjid Sungai Sireh. Masatu Gee tak ikut sebab nak merasa masakan orang jawa. Memang best giler! Siput sedut masak cili padi. Fuh! memang kegemaran Gee. Gee ditemani oleh rakan sepejabat Gee iaitu Rohana Ibrahim yang merupakan orang kuat majlis dia orang ni. Masa tu melantak siput sedut tu bagai tak ingat beb. Satu mangkuk tu. Kata teman Gee, "Tambahlah lagi siput sedut tu banyak lagi jangan risau banyak kat dapur tu lagi..." Sebenarnya nak tambah tapi sebab tetiba pulak masatu Gee jadi malu sebab pinggan yang Gee makan tu orang rewang tu dah angkat. Malulah Geekan... Lagipun kalau makan, biarlah berhenti sebelum kenyang... Huhuhu cover baik punya... Lama juga menunggu mereka balik dari masjid sebab lepas balik dari upacara akad nikah Gee akan ready di bilik untuk membuat touchup untuk sesi bergambar dipelamin dan bersedia shooting outdoor di bendang/sawah padi. Memang cantik cipataan Allah. Tunggu posing menarik dari mereka....
Berikut adalah gambar kenangan mereka sewaktu membuat sesi fotografi diluar. Habis sampai rumah sepupu-sepapat Darlina kita orang redah. Pantang ada sahaja lokasi yang unik kita orang (Gee & POTRET JIWA) pasti membuat bedikan lensa masing-masing. Sampaikan traktor usang pun menjadi lokasi kami. Huhuhu.. seronok kerjasama dengan amy dan ery (photographer). Tq so much to http://potretjiwa.blogspot.com/ kerana sudi menyumbangkan hasil kerja mereka. Kalau sesiapa yang berminat dengan air tangan mereka ni bolehlah menghubungi ERY & AMY: 0122436808.
Waktu ni kami ketawa terkekeh-kekeh dengan gelagat mereka berdua ni. Biasalah dengan panas terik kat sawah ni memang menguji kesabaran. Namun, kami menginginkan sesuatu yang indah untuk ditatap kami gagahi juga dan sanggup menggelapkan kulit kami... Huhuhu
Setelah selesai photoshoot hingga ke petang, kami balik semula ke rumah Dalina untuk menyiapkan mereka untuk malam berinai. Kali ini gee menggunakan full socket warna silver, purple & black. Nampak lain sedikit wajahnya berbanding makeup nikahnya manakala makeup persandingan juga mengubah wajah Dalina menjadi ayu...
Memang teruja melihat Dalina seolah Puteri masuk kampung. Cantik dan mempunyai gaya seperti model. Bertuah Haider memiliki Dalina. Teringat Gee kelam kabut nak memasangkan kain pario untuk baju ini. Padanan pario bermanik dengan lace dan koset memberi kelainan. Solekan Dalina juga lain. Gee mengenakan Sosf socket gold, pink, coklat, ungu dan hitam. Kata kakak Dalina (Rohana); sempat suami Dalina berbisik pada telinganya, "Cantiknya makeup awak hari ni". Pilihan warna pink tepat untuk Dalina. Warna ini sangat sesuai untuk pasangan muda ini.
Tips dari Gee, jika ingin memilih warna yang sesuai harus mengenali warna yang padan dan seri untuk warna kulit dan bukan memilih warna disebabkan anda minat dengan warna itu. Ayuh membeli buku IMEJ (Sharifah Shawati) keluaran SYARIKAT BUKU PRIMA ada menerangkan tentang gaya, personaliti dan padanan warna yang sesuai.

Ulasan
nak tanya u pakai pencil pe tu lukis kening tu ye...nampak semulajadi dan wanenya x garangla
saya nk tanya u pakai pencil pe tuk kening tu ye..natural laaa