LINDA MASJID TANAH MELAKA MENYERLAH DENGAN TEMA OREN

Hari yang ditunggu sudah tiba. Linda sudah lama menginginkan Gee Cantik untuk makeoverkan dirinya. Hisyam abangnya sibuk menguruskan usaha sama ini akhirnya membuahkan hasil. Tq Hisyam. Waktu tu Gee ada dua job di Paya Rumput Masjid Tanah dan di Alor Gajah, Melaka. Masing-masing memerlukan sentuhan Gee. Syukur Alhamdulillah sempat Gee memakeover dirinya dan lihatlah hasilnya.
Untuk memakeover Linda amatlah sedikit berhati-hati terutama struktur mukanya itu. Sedikit cengkung dan teknik shading dan blusher juga perlu betul agak dirinya tampil segar dan cantik di hari pertunangan itu. Tambahan juga pemilihan warna oren juga jarang di pilih pengantin. Untuk pengantin yang menggunakan baju bewarna oren biasanya Gee akan menggunakan warna eyeshadow bronz, coklat di campur sedikit purple dan sedikit hitam, pemilihan shading yang bertona coklat dan oren membuatkan wajah akan tampil kelainan dan sederhana. Manakala pemilihan lipstik pula sedondon dengan warna baju iaitu sedikit peace/ oren sedikit. Jangan memakai pink terang kerana akan berlawanan. Ikut juga keadaan....
Pemilihan bulu mata yang sesuai dengan matanya juga dititikberatkan.
Get ready untuk siap... tips disini untuk menyiapkan pengantin pastikan mereka memakai baju terlebih dahulu dan siapkan sanggul dan layah agar tidak terkena kesan lipstik nanti. Baru kemas dan teratur... walaupun tiada bergincu Linda tetap anggun laksana artis terkenal Misha Omar. So sweet!..
Tara... inilah hasil dan posing paling terbaik buat Linda. Umpama model. Kata isteri kepada abangnya solekannya cantik dan kemas. Terima kasih Hisnyam memberi info kepada kami... kami juga amat berbesar hati kerana menggunakan perkhidmatan Gee Cantik Bridal House termasuk pelamin. Bergambar kenangan dengan Linda sebelum sesi pertunangan bermula. You look great!Pelamin Pertunangan yang indah dari Butik Gee Cantik Bridal House.
Lastly Selamat Bertunang buang Anas dan Linda dari TEAM GEE CANTIK. :) Oh ya.. Tq to photographer... So great ur touch... bedikan lensamu itu sungguh memukau. Untuk mendapatkan perkhidmatan lensanya boleh menghubungi: www.rizuanibrahim.com

Ulasan

terpukau melihat perubahan linda...memang jelita sekali... luv ur touch Gee.
Alhamdulillah... linda sangat photogenic... TQ diana
roon itawaza berkata…
seriusla...pandainya buat make over..cantik sgt...terkeju gileeeerrr...
tq roon itawaza... dah rezeki... dan kebolehan... alhamdulillah...

Catatan Popular