Gee Cantik Resources Sponser Makeup untuk Sekolah Asli Sungai Bumbun, Klang Selangor

Terkini... Gee Cantik Resources telah membuat kebajikan untuk makeover anak orang asli dalam Persembahan Kebudayaan, Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2010. Berlangsung di Dewan Sekolah Menengah, Seksyen 24, Shah Alam semalam sememangnya meriah dengan penyertaan pelbagai sekolah. Ada yang menari tarian asli, jawa, India, Cina yang berkongsepkan 1 Malaysia. Memang menghiburkan apabila si cilik menari dengan liuk lentuk mengalahkan orang dewasa.
Gee memakeoverkan kanak-kanak dari Sekolah Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Klang. Terima kasih kepada Ciku Halilah, Santi, Cikgu Fid Fidzi yang memakoverkan murid lelaki. Dan juga Cikgu Hanafi selaku ketua bagi penyertaan untuk sekolah ini. Gee diberi kepercayaan penuh untuk mencantikkan mereka seperti penari profesional. Memang profesional si cili ini kerana mereka menari amat bagus sekali dengan kelincahan dan liuk lentuk mereka memukau majlis dan para tamu yang hadir. Sorakan demi sorakan diberikan sebagai tanda penghargaan. Walaupun pada minit terakhir ada kekurangan dari segi teknikal muzik namun kematangan mereka berjaya menutupi kelemahan teknikal muzik tersebut. So standing... I like. Tahniah buat cikgu Hanafi and team berjaya mendidik mereka dengan begitu cemerlang sekali.Sangat cantik selepas di makeoverkan. Gee munggunakan foudation orange, chinese, dan foundation no 5 serta negro color dalam menutupi ketidakrataan warna dan ada wajah meraka yang sudah sedia cantik dan hanya perliu diserikan lagi. Gambar tersebut adalah wajah mereka selepas pertandingan, namun tetap maintain warnanya. Cikgu Hanafi sempat berkata; "Boleh tak makeup ni jangan padam dan bawa ke next festival tari." Gee hanya tersenyum dengan kata-katanya yang suka sangat dan berpuas hati dengan sentuhan Gee kali ini. So.. Jika sesiapa yang ingin memerlukan khidmat tari KUSERI ini silalah hubungi CIKGU HANAFI: 016-6803183. Bukan sahaja tarian orang asli sahaja malah mereka juga mampu membuat zapin, tarian melayu asli, arab,cina, india dan sebagainya. Boleh juga dijadikan penyeri majlis perkahwinan anda dengan tarian mereka. Ala-ala majlis diraja gitu... Gee suka sangat kalau ada tarian di Majlis Perkahwinan. Sebut sahaja tarian apa, InsyaALLAH mereka mampu melakukannya. Ada dikalangan mereka telah mewakili Malaysia untuk duta persembahan tarian ke Rusia. Memang meletop!
Salah seorang peserta yang mewakili Malaysia ke Rusia.

Ulasan

Catatan Popular