DEWAN BESTARI MELAKA - HAZIQ - MAJLIS SAMBUT MENANTU GLAM!

Gadis pemurah dengan senyuman ni menjadi kenangan buat Gee ketika makeovernya. Dengan panggilan mudah Za memang ceria dan sentiasa tersenyum dengan celotehnya. Pakej yang diambil untuk Dewan di Dewan Bestari Melaka memang berbaloi jika mendapat air tangan En. Rahman dan Aiza ( 012-6895761). Pagi itu kami ditempatkan di rumah yang tersedia untuk menyempurnakan Za. Dengan menggunakan teknik shading yang sesuai dengan Za mampu memperlihatkan wajahnya menirus. Kulitnya tidaklah mempunyai masalah yang ketara cuma sudah menjadi kebiasaan pasti ada seidikit parut yang perlu disembunyikan. Bagi Gee Za jenis yang mudah di arah dan sentiasa excited dengan solekannya. Teknik smokey socket dan penggunaan celak hitam yang jelas menampilkan matanya yang kecil menjadi lebih bundar. Pemilihan bulu mata yang sesuai dengan suasana dewan juga dipilih dan dipadankan mengikut wajahnya.Lihatnya pandangan terujanya itu membuatkan wajahnya penuh bermakna...
Sentuhan Gee Cantik semestinya akan memberikan anda tampil kelainan. Sesuai dengan tag line Gee Cantik Resources; "...one touch may change everythings..." the only secret makeup artist.... Syukur Alhamdulillah Za suka sangat dengan makeup Gee. Dia sangat teruja dengan solekannya itu. Shading blusher keorenan menampilkan pandangan berbeza dari warna pink kecokletan. Dipadankan dengan warna lipstik keorenan memberikan wajahnya segar. Kebanyakan solekan menggunakan warna pink lembut, butter pink dan coklat untuk blusher tapi kali ini rona warna jingga menjadi pilhan Gee.Tengok hasilnya menarikkan...Rambut disisir kemas dengan tiara yang simple dan menarik dipadankan anting-anting panjang memberi ilusi yang anggun...Tengok tu Za dan Haziq memang cantik dan sepadan. Tak lekang dengan senyuman sampai Gee sendiri pun tersenyum senyum melihat mereka berposing... HuhuhuTengoktu sukanya teman-teman mengusik Za...Bersiap sedia untuk ke Dewan Bestari Melaka yang terletak bersebelahan sahaja dengan rumah ini. Memang best. Sesuai untuk dijadikan tempat persandingan. Mudah, jimat masa dan rumahnya pun cantik sangat.
Apa-apapun pic mereka memang cantik dan menarik. Penuh dengan emosi dan hasil tangan juru gambar yang menjadi kegemaran Gee adalah dari LITEBOX PHOTO STUDIO. No. 45A, Jalan 3/69, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor D.E. 03.89203918 (off) | 019.3707542 (Shahrir) | 019.2832820 (Faezah). email : creativelitebox@gmail.com official website : http://www.liteboxphotostudio.com. Mereka ni memang sempoi baru-baru ni Gee bekerjasama dengan mereka lagi untuk majlis di Dewan Felda Kuala Lumpur... Jangan lupa nantikan hasil tangan mereka nanti... Tak rereti pengantin yang menginginkan sentuhan mereka ini boleh contact dan ambil sahaja dari blog Gee ni. Bersama kita membantu bagi mereka yang memerlukan... :)Berposing di hadapan pelamin yang tersergam indah oleh sentuhan En. Rahman.
Tengoktu sempat lagi bergurau manja di atas pelamin. Nantilah Za and Haziq tunggulah di bilik nanti. Huhuhu apa-apapun tahniah buat anda berdua. Selamat Pengantin Baru....

Ulasan

Catatan Popular