AZREEN TAMPIN- CINTAKU HANYA KAMU
Azreen dari Tampin, Alor Gajah Melaka merupakan pengantin yang simple dan comel Walaupun mempunyai kelebihan dari segi pendidikan dan juga mempunyai keupayaan dalam memilih andaman yang lebih mewah namun, di hatinya tetap memilih Gee Cantik sebagai jurusoleknya dan juga Andaman En. Rahman sebagai pelengkap majlisnya itu. Hari itu Gee mempunyai dua job untuk solekan. Selepas selesai makeup di bandar Melaka terus Gee bergegas untuk memakeoverkan Azreen. Seperti biasa kami disambut baik dari ahli keluarganya. Sebelum ini Gee pernah memakeoverkan Azreen di hari pertunangannya dahulu. Disebabkan Azreen berkenan dengan solekan Gee, dia sanggup membayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan Gee ketika itu. Sudah menjadi satu tanggung jawab besar bagi Gee untuk menyempurnakan solekan nya. Kali ini Gee menggunakan warna coklat, hitam dan warna seakan gading menjadi taruhan untuk solekan kali ini. Wajahnya tetap berseri dengan pilihan warna putih bagi majlis akad nikah. Lihatlah hasilnya... Untuk pelamin Azreen A.R (RAHMAN) berusaha untuk menghasilkan pelamin yang menarik dan menjadi hit era moden ini. Tahniah! buat En. ahman kerana berjaya memenuhi kehendak pengantin ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berikut adalah gambar kenangan untuk kita berkongsi rasa dan gembira. Cantikkan...Untuk malam berinai Azreen memilih tema lace hitam digandingkan dengan songket. Lain dari yang lain untuk pilihan pasangan ini. Walaubagaimanapun ia tetap mencuri pandangan mata yang memandang.Untuk pelamin Azreen mereka memilih warna pink, purple dan white. Gabungan tiga warna ini sungguh kelihatan lembut dan romantik. Tema baju pilihan azreen dan sumai juga senada dengan warna pelamin mereka.
Ulasan