BAJU BARU TAHUN 2010- EN. RAHMAN
Baru-baru ni Gee ke Butik En. Rahman untuk melihat baju baru nya untuk tahun 2010. Baju yang baru sahaja siap ditempah dari Kuala Lumpur direka khas oleh Gee sendiri untuk butik tu. Banyak juga baju yang Gee reka untuk butik En. Rahman ni. Antara yang mendapat sambutan dan hot ialah baju hijau yang menjadi penghias entry ni. Ini adalah antara yang sempat Gee rakamkan. Khabarnya banyak juga baju yang ditempah sempena tahun baru 2010. Yang sedang ditempah ada dalam 10 pasang. Katanya mengikut bulan. Hebat tak hebat En. Rahman ni... Katanya lagi ingin sentiasa tampil dengan baju yang sentiasa fresh dan update. Pilihan baju baru selalu mendapat tempat dan pilihan pelanggan. Kebiasaannya baju baru ini dipilih oleh orang ternama seperti anak datuk dan datin... Potongan ringkas dan simple dengan taburan batu dan manik sentiasa segar di hati mereka. Jomlah singgah ke butiknya di taman dimensi, Lendu Alor Gajah Melaka. Katanya lagi... ia memberi peluang kepada warga negeri Melaka untuk merasai baju pengantin yang tak kurang hebatnya seperti di kuala Lumpur. Harganyapun berbaloi-baloi... Suka sangat dengan Niat En. Rahman ni. Shahdu plak rasa.. :)
Ulasan