TERPEGUN DENGAN ANIS - TAMAN KOSAS, AMPANG.
Pagi-pagi lagi Anis dah call Gee. Kat mana? Katanya. Gee pun kata Gee akan tiba seawal jam 11-12. Kerisauan Anis membuat Gee lebih bersedia awal kebetulan Gee memang tidak tahu sangat area Ampang terutama kat Taman Kosas. Setelah diselidik rupa-rupanya Anis nak buat persiapan terakhir untuk majlis gemilangnya itu. Sampai aje di rumah Anis kami disambut oleh keluarganya. Anis pagi tu nampak kelam kabut sedikit namun dengan adanya tenaga kerja yang ramai Anis hanya mengarahkan sahaja saudara-maranya untuk menyusun hantaran dan gift. Meja pendaftaran pun ada. Masa tu Gee dah kecut perut dah dengar persiapan itu dan ini oleh Anis. Siap ada tarian si comel, permainan cak lempong bagai.. Terus Gee rasa macam suasana pertandingan mak andam lak... Rasa degupan jantung Gee bagaikan pukulan gong. Huhuhu Untuk makeover Anis tidak banyak masalah cuma ada sedikit kesan lebam di bawah mata gara-gara tak cukup tidur katanya. Kesian kepada pengantin tak cukup tidur. Iyalah nak buat yang terbaik sekali seumur hidup ye tak... Pemasangan base seperti biasa stick warna hijau dan sedikit oren digunakan. Setelah itu baru padanan warna kulit dan foundation khas. Kami berpindah randah makeup sebab lampu bilik tidur Anis sangat romantik. Lampu kuning!... So Anis memberi idea untuk menghadap ke tingkap. Gee setuju dengan cadangannya. Kami berseloroh dengan photographer dan juga gelagat Anis membuatkan kami tertawa gembira. Mengambil masa juga Gee untuk makeupkan Anis sebab nak buat yang terbaik untuk dirinya. Salah satu prinsip kerja Gee "Sentiasa membuat yang terbaik dalam setiap kerja Gee".Tengok tu... Pelaminnya indah bak kayangan. Dengan susun aturnya yang penuh dengan bunga-bungaan bertemakan purple and white. Menyerlah sungguh! Ramai yang bergambar dengan Anis ketika di atas pelamin persis seorang selebriti terkenal. Dengar juga pujian demi pujian Anis tampil cantik pada hari persandingannya itu. Alhamdulillah... Segala pujian untuk Allah. Petang tu Anis membuat photoshoot dan Gee tak sempat nak tunggu sebab nak bersiap sedia untuk memakeoverkan Nurul di Bukit Tinggi, Klang. Tq Anis sebab dorgift yang diberikan sangat cantik. Love it!
Ulasan
MMG BETOL2 SUPERB HASIL GEE...
PENGANTIN MESTI PUAS NGN KEJE GEE NI..
TIME KASIH SBB TUNJUKKAN HASIL YG XJEMU MATE MANDANG...
DR BUTIK MN ERK??