MAKEOVER JULIANA SEAKAN SAZZY FALAQ

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR
Juliana sebelum makeover berasa bimbang setelah Gee membuat solekan untuk majlis bertunang (adiknya) pada hari yang sama untuk majlis pernikahannya. Sebagai kakak mula merasakan cemas apabila adiknya tampil cantik dengan pakaian yang hampir sama dengan tema bewarna putih. Jiwanya rasa meronta untuk melalui saat manis untuk akad nikah. Disamping tu, Gee sempat berkenalan dengan photographernya... Sporting! Untuk majlis akan nikah Gee tidak banyak mempunyai masalah untuk memakeoverkan Juliana cuma bayang gelap matanya agak ketara. Apa yang Gee perlu buat adalah dengan memakaikan base hijau dan sedikit oren. Kemudian baru gunakan faundaton jenis stick no 4. Habis sahaja makeup. Mukanya nampak macam iras seorang pelakon. FUH! MUKA SAZZY FALAQ beb! Juliana nampak begitu happy dengan solekan ini. Wajahnya berubah seakan pelakon terkenal. Memang berbaloi menggunakan faundation yang digunakan oleh Rozita Che Wan ini. TQ Amy Janz kerana ikhlas memberi tips kepada Gee untuk mendapatkan solekan yang baik. Apa yang Gee dapat belajar dari AMY JANZ: "Biar Ikhlas dan jangan PLASTIK". Segala tunjuk ajar yang diberikan walaupun orang kata sepotong ayat ia merupakan satu kebagusan dan manfaat bagi Gee. Apa yang dipelajari Hormatilah guru anda dan janganlah ada sifat TIKAM DARI BELAKANG! Kelak merugi bagi yang mengotorinya.Comel sungguh Juliana dan Nurussaadah apabila siap dimakeoverkan. Mana tahu Nurussaadah teringin sekali lagi mendapatkan sentuhan Gee. Yang penting mereka ceria di hari bersejarah mereka. Setelah selesai sesi akad nikah Gee memulakan sesi persalinan. Bermula dengan baju Vietnam seterusnya baju berinai iaitu songket bunga tabur dengan sanggul lintang. Manakala sesi persalinan disambung disebelah malam. Sampai pukul 1 pagi jugak untuk menghabiskan sesi shooting mereka ni. Antara yang menarik adalah pose maut mereka di atas motor dengan mengenakan pakaian jawa. Huhuhu suaminya memang sporting walaupun kami semua mengantuk. Huhuhu...Mengingat kenangan merakamkan mereka berdua ni. Ramai yang dah tidur cuma tinggal kami dan beberapa orang serta photographer yang bersengkang mata untuk merakamkan gambar terbaik untuknya. Thanks to IWAN and FRIEND. (0122069506). So kalau berminat dengan hasil kerja bolehlah menghubungi mereka.
Ini gambar meletop Juliana. Pandai bermain dengan lensa dan mudah untuk bergambar. Senyumannya manis dan bertenaga walaupun hari sudah larut malam.Cantikkan gambar Juliana. Baju shiffon dari Gulatis ini memang sesuai dengan Juliana. Sewaktu nak pakai baju ni ada jugak makcik-makcik yang risau sebab takut tak muat. Tanpa lengahkan masa Gee terus datang dan menyelesaikan masalah tersebut. Urut dada Gee takut benar-benar tak muat. Lega! Pengalaman untuk dikongsikan... Masa nak kawin diet beria-ia tapi bila dihari yang dinantikan tak muat baju... Itu antara pengalaman Gee dan sekiranya ada ayat yang menyentuh perasaan pembaca, Gee berharap ia tiada kaitan dengan pembaca. Hanya niat untuk berkongsi pengalaman sahaja dan tiada kene mengena si hidup atau si mati. :)

Ulasan

Achik Endy berkata…
Salam.. lama tak msg Gee.. nak tanya ni...
1. Base hijau tu apa function dia?
2. Cara guna dia sama ke mcm guna stick foundation, sapu ke seluruh muka...
3. Sesuai tak base tu dgn foundation kryolan no36?
4. Base Gee guna brand apa?
Tq eh.. sori banyak lak soklan...
fendy... base hijau tu fungsinya untuk menengelamkan kesan lebam di wajah. Contohnya pada bawah mata. Ia juga boleh digunakan jika kulit orang tu gelap dan hitam untuk mengelakkan dari kesan kelabu setela selesai makeup. No. 36 boleh ajer. asalka tdak ari dari warna kulit. Base gee guna brand krayolan.
AniS GalaXy berkata…
thanks gee for u info
anis mmg x sure sgt nk pakai base ijau
memandangkan anis nie ada eyeback bile makeup ke any majlis mesti wajah nampak kusam...

thanks gee
love ur style makeup
Alhamdulillah... Berterima kasihlah kepada Allah kerana dia yang memberi ilmu... :)
tnf berkata…
salam gee..make up utk tunang bp yea?
Fitrah Manusia berkata…
macam sazzy falak la

Catatan Popular