PAMERAN PENGANTIN - PUTRAJAYA CONVENTION CENTRE

SABTU yang lepas 28.03.09 Gee Cantik telah menghadiri pameran pengantin yang telah diadakan di Putrajaya-PICC. Gee dan Lyasweet bersama suaminya telah membuat temujanji bersama Butik Wedding Galore. Kami ingin bekerjasama untuk menjayakan pameran ini. Kehadiran Gee dan ltouch di sana untuk membuat makover jika ada bakal pengantin yang menginginkan test makeup untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Malangnya kami tiba lewat petang disebabkan atas tugasan masing-masing. Di sana kami belajar bagaimana untuk menguruskan pameran pengantin disamping untuk mendapatkan hubungan diantara pemilik butik dan juga mendapatkan pelanggan secara live. Seronok kami berada di sana kerana Gee Cantik merasakan dalam suasana dalam taman. Semuanya cantik-cantik belaka. Ada yang mempamirkan pakaian pengantin, ada yang fokus khemah dan tempat makan bakal pengantin, pelamin, katering, kad jemputan dan bunga hantaran. Gee sertakan gambar suasana yang menarik perhatian Gee. Comelkan...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hi gee..!!
aduhaiiiii!!
cantiknyaa pelamin tuuu!!
macam pelamin impiannn!!!
kuin berkata…
mahal ke kalau nak dapat khidmat gee ni.. kot2 saya xmampu plak huhu

Catatan Popular