GEMILANG DI MAJLIS PERSANDINGAN AZITA

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ
Gemilang Persandingan Azita yang telah diadakan di Dewan Komanwel, Bukit Jalil. Seawal jam 8.00 pagi Gee bergegas ke tempat penginapan Azita dan familinya di Asrama penginapan atlit berdepan dengan dewan tersebut. Pada mulanya Gee telah memakoverkan emak Azita. Katanya yang minat dengan makeup dan fesyen. Sebagai ibu dia harus bersiap cantik untuk menyambut tetamu yang hadir. "...kita dah buat kerja berhempas pulas, kenalah siap cantik-cantik dan relaks..." kata emak Azita kepada Gee dan kakak Azita. Sebenarnya emak Azita sudah bersiap sedia lebih awal untuk mengadakan majlis ini. Jadi semuanya tidak menjadi masalah dalam menguruskan majlis tersebut. Setelah selesai Gee pun mengambil masa 5 minit untuk merelakskan diri Gee sebelum memulakan makeover finale pada Azita.


Untuk makeover kali ini. Gee menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada iaitu perkara utama adalah memastikan shading Azita bertepatan dengan wajahnya yang agak besar dan bulat. Jadi penumpuan lebih diberikan kepada shading dan mata kerana mata asal Azita agak mengecil apabila dia tersenyum. Seperti biasa Gee menggunakan foundation khas untuk kerataan kulit dan juga penumpuan pada solekan mata. Lihat mata Azita. Cantikkan.

Penggunaan bulu mata atas dan bawah yang sesuai dengan Azita digunakan bagi memastikan matanya lebih besar. Berikut adalah gambar kenangan Azita bersama suami tersayang.

Untuk Gambar photoshoot outdoor dan di pelamin telah disumbang oleh juruphoto yang baru Gee kenali. Hubungan sesingkat itu menjadikan kami bertukar pendapat dan bisnes kami. Gee Cantik mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurugambar berkenaan kerana sudi memberikan hasil kerjanya untuk dipaparkan didalam blog ini. Layarilah http://mohamedhaffizanismail.blogspot.com.

Gee Cantik Resources merakamkan kenangan bersama pasangan bahagia ini. Dengan cenderahati yang tidak seberapa ini akan memberikan nostalgia buat mereka nanti. Kalau masak ayam masak lemak cili padi jangan lupa Gee ya! Huhuhu... Selamat Pengantin Baru Azita dan Suami.

Ulasan

nice editing n nice make up..
:D
Che Kay berkata…
Canteqnye.... :)
Tq Kay and Haffizan. Singgahlah selalu ya...
Che Kay berkata…
memang selalu singgah pon. hehe. Selalu terpesona dgn hasil kerja kakak! :)
Tq so much k... Bila K nak guna khidmat gee plak.. huhuhu
Unknown berkata…
wow..mmg cantik make up die...

Catatan Popular