DIRIKU BAGAIKAN PERMAISURI - ANIS SEK. 24 SHAH ALAM
Salam semua... Pasti anda semua panas punggung menunggu bilakah makeover Anis akan di paparkan? Kali ini Gee akan memaparkan berperingkat-peringkat memandangkan gambar yang diperolehi sedikit lambat ke tangan Gee kerana masing-masing sibuk dengan kerja-kerja di opis. Anis, Gee memohon maaf kerana maybe Anis tertunggu-tunggu gambar Anis di muatkan di blog ini. Berikut adalah gambar kenangan Anis ketika dimakeoverkan. Saksikan...
Memang seronok bekerja dengan Anis. Mulanya apabila Gee sampai bersama rakan makeup Gee iaitu pejot, kami diberi layanan istimewa dengan menikmati hidangan ala masakan kampung. Seronok makan gulai pisang bersama dengan ikan bakar bergandingan dengan sambal belacan. Memang best giler! Kemudian kami sempat berkenalan bersama keluarga Anis terutama saudara perempuan mereka. Kak Dian memang sporting habis! Suka tengok dia yang sentiasa ceria. Katanya dia ingin mempelajari teknik dan ilmu makeup Gee. InsyaAllah... kalau ada masa yang sesuai kita ketemu lagi. Kemudian Gee meneruskan tugasan Gee.
Gee menggunakan warna purple seakan gangsa (produk MAC) untuk sesi akad nikah. Konsep glamour dan teknik smocky eye Gee gunakan untuk menyerikan wajah Anis. Anis pada mulanya malu-malu. Selepas kami berkenalan satu sama lain dan Gee membuat lawak baru Anis nampak serasi. Di sambut pula dengan ring tone h/p Gee berbunyi kokokan ayam dan perkataan "ayam goreng" berkumandang membuatkan Anis ketawa terkekeh-kekeh. Terus kami bertukar ringtone. Huhuhu...

Tiada masalah untuk menyiapkan Anis kerana kulitnya jenis yang tidak mempunyai masalah cuma eyeback Anis agak ketara sebelum dimakeupkan. Warna kulit Anis juga antara masalah yang boleh diatasi. Bimbang juga jadi kelabu. Hehehe... jangan mare ye Anis... :P. Kami borak panjang dan Anis tidak kekok menceritakan pengalamannya bercinta dan tragedi kepadanya. Rahsia itu hanya kami sahaja yang tahu. Walau perkenalan kami sesingkat itu, Gee dapat rasakan Anis dan Familinya memang dikalangan orang yang baik-baik belaka. Gee dapat mempelajari satu lagi ilmu. "Kita harus sentiasa percaya kepada orang dan selalu bersikap positif".
Setelah menyiapkan Anis, Anis terus ke cermin makeup. "Ha... betul ke muka i ni..." Anis suka sangat dengan makeup teknik smocky ini. Berjaya juga Gee membuatkan dirinya gembira. Alhamdulillah! Syukur Gee. Yang penting bila Gee siap pasangkan Crown di atas kepalanya, terpacul kata-katanya secara spontan.
"ish.. dah macam permaisuri agung dah aku ni." Anis tersenyum penuh gembira. Gee ketawa besar. Terus Gee rakamkan kata-kata itu di dalam kotak fikiran Gee. Di samping itu juga, Gee terus memberikan cenderahati dari Gee Cantik Resources. Terima kasih! di atas kerjasama dan menggunakan perkhidmatan Gee Cantik.

Tengok tu! Sempat juga Anis membelek buku Kompilasi Masakan Ayam keluaran Alaf 21. Moga pandai masak untuk suami ya Anis. Apa-apapun tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Anis dan Shakir kerana telah menjadi suami isteri yang sah. Moga kekal dan berbahagia selalu. Amin... Kepada Photographer Eri. Tq so much bekerjasama dengan Gee. Kesemua pic ini adalah dari potret jiwa. Layari www.potretjiwa.blogspot.com.
Anis bergaya bagaikan permaisuri. Tengok sahaja posenya membuatkan lensa potretjiwa selesa untuk membuat ratusan bedikan. Cayalah Anis gambar uals memang meletop giler! Gee suker.
Hari persandingan Anis, Gee telah menggunakan teknik socket. Tujuh layer warna Gee gunakan untuk mendapatkan warna kesukaan Gee. Cuma anak murid Gee sahaja yang tahu "the secret 7 layer". Mata Anis nampak sedikit lain dengan makeup kali ini. Penggunaan blusher coklat menampakkan Anis lebih agresif berbanding dengan makeup nikahnya. Gee menyesuaikan warna eyeshadow yang lebih dramatik dengan warna baju yang menyerlah iaitu hijau pucuk pisan. Gee tak mahu muka Anis tenggelam dari warna bajunya. Saksikan...
Setelah penat berposing di pelamin. Kami terus ke area kedai kopi, Shah Alam. Penata gaya dilakukan oleh Gee Cantik. Waktu berposing hujanlah pulak petang tu, basah kuyup pengantin. Gee Cantik meyelamatkan CROWN dan aksesori pengantin sebelum bermandi hujan. Aksesori ini Gee sewa dari Makeup Artis terkenal tanah air iaitu Amy Janz(juru makeup Rozita Che Wan). Meletopkan... :)

Ulasan