PENGANTIN EMPAT Zai dan Seri - Felcra Ramuan Cina, Melaka.


Selamat Pengantin Baru kepada Azhar dan juga Khairul. Tidak lupa juga tahniah kepada ibu pengantin lelaki Puan Rokiah Daud dari Felcra Ramuan Cina, Melaka kerana mendapat dua sekali gus menantu perempuan.

Haru biru jadinya apabila pengantin perempuan lewat tiba dari Putrajaya ke Melaka. Gee berserah sahaja pada Allah kerana mudah-mudahan Gee dapat membuat makeover dengan baik dan tidak menggelabah nanti. Kenapa tidaknya? Gee akan membuat makeover hanya setengah jam dan setengah jam lagi untuk memakaikan sanggul lintang Melaka. Kecut perut Gee dibuatnya. Akhirnya dengan banyakkan berdoa Gee berjaya makeover dan memasang sanggul lintang dalam masa satu jam 15 minit.


Tekanan kepada Gee kerana masalah untuk membuat makeover pada Sri kerana Sri mengalamai masalah Struktur muka yang tidak sama dimensi dan juga kerataan kulit. Nasib baiklah Sri jenis tak kisah dan menyerahkan segala tugas kepada Gee tanpa banyak songeh! Lega...

Ulasan

Catatan Popular