MERIAH DI MAJLIS PERKAHWINAN AFZAN

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN!
Alhamdulillah... selesai sudah majlis gemilang perkahwinan Afzan & Rashidi. Kali ini Gee banyak meletak pic perkahwinan mereka kerana PINO adik kepada Afzan telah menyumbangnya. Terima kasih kepada famili meriah ini dan Gee berasa tidak kekok bekerjasama dengan keluarganya. "... kalau hasil kerja memuaskan hati orang, sampai 7 keturunanlah ko memakoverkan orang..." kata teman-teman Gee. Syukur Gee kepadaNYA.. Sebelum ini Gee pernah membuat makeover perkahwinan kakaknya, kini giliran Afzan dan seterusnya Ati yang akan Gee paparkan nanti.

Berikut adalah pic kenangan dan untuk tatapan peminat Gee. Untuk pengetahuan Afzan tidak mempunyai masalah yang agak ketara cuma Gee kena memberi penekanan pada shading bentuk muka, hidung dan mata. Afzan dan Suami sporting giler! Gee suka sangat bekerjasama dengan korang. Opah Afzan pun sporting habis, brutal habis... huhu seronok berseloroh dengan opah. "...Marilah ke Bota kita..." lawa Opah kepada Gee. Tq so much Opah!

Untuk teman-teman Afzan, Gee hanya sempat meletakkan pic ini hanya sedikit sahaja. Memandangkan masa Gee yang agak terhad dan ruang blog ini. (huhuhu alasan).


Berikut adalah gambar sesi fotografi di tasik Shah Alam. Meriah dan gamat suasana apabila kami membuat sesi fotografi tersebut. Bagaikan fotoshoot untuk majalah pengantin pulak rasaknya. Huhuhu .. Afzan dan suami memberi kerjasama yang amat baik. G suker.... :) Bagi kengkawan yang ingin menumpang glamour Gee telah selitkan sedikit gambar-gambar kenangan. Moga terhibur...



Ulasan

Jason berkata…
cantekk betul combination colour gee watt...melets...
awek bota berkata…
hehehe.tahniah 4 ur wedding.sorry sbb tak dapat tunggu smpi korg bersanding.pape pun semoga berbahagia selamanya.
p/s:pic aku tak de pun.sedih lor
vanilla ice berkata…
wah...kahwin tak jemput owang...

Catatan Popular