Kes penipuan designer Azrin Hashim, Putih Teh, Boy dan akan ada banyak lagi nama akan dicipta untuk menipu orang
Kami ditanya lagi mengenai boy atau azrin atau Puteh Teh atau lepas ni tak tahu nama apa nak pakai... berkaitan job baju pengantin beliau. Setelah masalah di Melaka, Kl, Negeri Sembilan, Perlis dan kini butik terkenal di Negeri Kelantan tampil mengadu masalah ditipu oleh si Boy ni. Dah macam road show buat dajal kat orang kan. Latest dia guna nama ig dia @puteh8989
Duit dah bagi full tapi baju pengantin tak dapat-dapat. Untuk pengetahuan semua, kami menasihatkan agar supaya tidak menempah baju pengantin anda kepadanya. Supaya anda tidak ditipu lagi. Dan mesej ini akan saya ulang-ulangkan agar anda di luar sana tidak menjadi mangsa seterusnya. Harap maklum.
Jika anda mempunyai masalah sila rujuk kepada dirinya dan keluarganya dan bukan kepada butik Gee Cantik Bridal House dan juga Istana Puteh kerana dia tiada dana atau pun sumbangan ataupun pertalian dengan butik yang disebutkan tadi. Juga memburukkan nama syarikat dan orang yang bekerja di bawah butik butik berkenaan.
Jika terdapat tuntutan dan kerugian anda tangggung sendiri kerana beberapa kali kami sudah uar-uarkan kepada masyarakat mengenai perkara ini. Dan buatlah aduan Polis agar setiap perkara yang dilakukan dijadikan pedoman untuk orang lain. Harap maklum.
Ulasan