Blog Gee Cantik Berwajah Baru!

Assalamualaikum semua! Sudah lama Gee tidak menulis di blog ini. Sejak 2 hingga 3 tahun lepas Gee sibuk dengan perniagaan dan juga perkahwinan kemudian dengan tertubuhnya Istana Puteh membuatkan lagi masa ini amat mencemburui Gee. Gee sangat sangat rindukan keluh kesah bakal pengantin. Ingin Gee kongsikan pengalaman dan juga sokongan moral kepada anda semua.

Setelah beberapa tahun Gee Cantik berkembang dengan pesatnya. Tertubuhnya Amni Home Deco, MBH MEDISPA MELAKA, Butik Istana Puteh Kuala Lumpur, Butik Salon untuk Lelaki dan terbaru akan wujudnya printing dan kad kahwin. Syukur Alhamdulillah sangat-sangat, semuanya rezeki dan titip-titip doa yang diberikan oleh anda semua...

Pelbagai dugaan mendatang satu-persatu dalam menceburi bidang perniagaan ini. Bukan senang nak senang... Yang paling utama adalah sentiasa cekal, fokus dan tidak mudah putus asa serta dibantu dengan bantuan doa menggigihkan Gee Cantik berdiri pada hari ini. Dengan itu Gee telah pun membuat rombakan kepada Gee Cantik iaitu dengan meletakkan ChiChi Melaka sebagai Manager di Gee Cantik Bridal House. Selain itu ChiChi juga pemilik MBH MEDISPA MELAKA, dan meninjau juga Amni Home Deco. Manakala En. Rahman pula akan memantau dan Manager di Amni Home Deco dan Abdul Rahman Aiza Enterprise dan Salon Kecantikan. Manakala Gee pula membuka cawangan Kuala Lumpur iaitu Butik Istana Puteh di bantu keluarga mertua dan Isteri serta memantau secara pilot perniagaan bersama ini. Dan terbaru akan muncul syarikat printing dan Kad Kahwin dimana Amier Hussein(Anak Didik Gee Cantik) pemangku Manager di sana. Doakan kami agar memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua. Kekayaan boleh di cari namun doa anda lebih bernilai dari kekayaan. 

InsyaAllah pada masa akan datang Gee akan cuba mengemaskinikan laman sesawang ini agar lebih banyak info dan membantu kalian dalam membina mahligai cinta hingga ke akhir hayat. Wallahualam...



Ulasan

Catatan Popular