KELAS INTENSIF GEE CANTIK MASJID TANAH MELAKA



Berikut adalah kelas intensif (November 2013) yang diberikan kepada mereka yang terpilih untuk menjadi MUA FREELANCE GEE CANTIK. Pelbagai proses penapisan telah diberikan, bermula kelas solekan acara tahunan yang perlu diduduki seterusnya menjalani saringan makeup di Butik Gee Cantik dan pemilihan ke Final dan seterusnya akan menjadi MUA Freelance Gee Cantik, Masjid Tanah, Melaka. Kata orang bukan senang nak jadi senang namun bukan pula apabila diterima terus menjadi mewah. Terpulang kepada kita sama ada untuk menjadi baik atau menjadi terbaik dari kalangan terbaik.

Kami dari TEAM GC amat menitik beratkan kualiti jurumakeup kami dan dilatih untuk menjadi seorang yang berwibawa dan yakin dengan diri sendiri malah mempunyai sijil dan diploma serta master dalam bidang art and design. Ada juga dikalangan kami yang mempunyai ijazah tertentu dan oleh kerana minat dan cenderung ke arah Kecantikan & Tatarias menyebabkan kami sanggup belajar dari basic sehinggalah ke kelas proesional.

InsyaALLAH yakin dengan MUA GC kerana mereka terdidik untuk menjadi terbaik.
Antara gambar kenangan...

Ulasan

Catatan Popular