THE MAKING OF: ISLAMIC FASHION SHOW (ICE Islamic Communication Exhibition)- BUTIK GEE CANTIK MASJID TANAH MELAKA.

Memang tidak diduga telah dijemput untuk melunaskan hasrat dari anjuran pelajar tahun akhir komunikasi... Untuk menyertai fashion show Islamik. (ICE Islamic Communication Exhibition 2012). Ramai media yang hadir pada hari itu terutama Metro, Karangkraf, Gua.com, majalah dan ramai lagi. Gee Cantik Bridal House salah satu peserta dari 5 peserta yang dipilih berdasarkan kepesatan dan perkembangan industri fashion dan busana pengantin. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran Pahlawan pada 26 Februari 2012. Jam 8 malam dengan gilang-gemilang. Diserikan lagi dengan kehadiran persembahan NORA dan juga Aishah yang memukau peminat Negeri Melaka. Ingin juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur, juga kepada model,model, makeup artis, CHICHI MELAKA, ZAI, ZIKRI, MOI, AMIR, GEE SENDIRI DAN JUGA AZRIN, photographer rasmi untuk Butik Gee Cantik Bridal House TN PESONA STUDIO (019-6552022). Pemilihannya berdasarkan kretiria yang harus dipuji. Juga kepada semua AJK seperti BUBU, HAQIMI and friends. Berikut adalah gambaran belakang tabir sewaktu menyiapkan model-model. Ct Safura merupakan salah seorang model Gee Cantik. Dia diberitanggungjawab untuk memperagakan baju finale kami berwarna krim kehijauan. Pengalaman memakeover safura tidak pernah mengecewakan. Muka selepas makeup memang cantik.
Moi dan ChiChi Melaka memang bertungkus lumu. Masing masing diberitanggungjawab untuk menyiapkan the balck swan dan juga elegan gown. Solekan mantap mereka memukau semua yang hadir.
Moi sangat happy bekerja sama dengan semua. Pengalamannya itu dirasakan sangat berharga.
Sorang lagi anak didik Gee, Zikri... diberitanggungjawab untuk menyiapkan model paling tinggi yang dipanggil model high fashion. Ketinggian dan lenggok badannya seperti high fashion model. So great. I like the glitters color tapi hati-hati kalau tak satu muka glitters... :)
Sememangnya sangat gedevass.... solekan Amir kali ini sangat menjadi cantik dan kemas... :)
Suasana dari sudut atas. Kami berkongsi bilik dengan cahaya yang semakin mendung...
Zai salah seorang jurusolek asenior Gee Cantik. Pengalamannya tidk boleh dipertikaikan... Love ur work to.... Nantikan pic yang menarik dari event itu nanti... :)

Ulasan

Catatan Popular