BUKU SANGGUL- AZMAN RAZALI BAKAL TERBIT JANUARI 2012. SESUAI UNTUK BRIDAL.

BAKAL TERBIT!
PENGANTIN MELAYU: SANGGUL
Harga: RM39.90
Halaman: 256
Menata pengantin perlu teliti, kemas dan cantik. Selain daripada persalinan, solekan dan dandanan memainkan peranan penting agar pengantin tampil lebih cantik dari hari-hari biasa. Sebagai jurusolek pengantin, anda bukan sahaja perlu mahir menyolek malahan juga mendandan rambut dan mengubah sanggul.
Sanggul pengantin mesti tahan lama, kemas dan sesuai dengan penampilan pengantin. Anda boleh mendapatkan pelbagai gubahan sanggul yang menarik dan mudah di nashkah sulung garapan Azman Razali ini. Sanggul pengantin yang dipaparkan bukan sahaja cantik lagi menarik malahan mudah diikut dengan teknik dandanan yang ringkas lagi kemas.
"Tahniah buat Azman Razali kerana menghasilkan buku yang begitu baik dan sesuai dijadikan panduan untuk MUA(makeup artist). Banyak yang boleh dikongsi dengan teknik dan step by step yang jelas dengan penuh warna-warni. Pengalaman melihat sendiri semasa shooting buku ini sungguh mengkagumkan dan dapat melihat profesional anda. Luv it" - Gee Cantik

Ulasan

Catatan Popular