SYUKUR ALHAMDULILLAH GEE CANTIK MENANG TEMPAT KE TIGA DALAM PERTANDINGAN PENGANTIN BERTEMAKAN ARABIC

Syukur Alhamdulillah rezeki dari ALLAH. Gee Cantik muncul tempat ketiga dalam pertandingan andaman pengantin di SHAH ALAM CONVENTION CENTRE. Persiapan yang sangat simple mempertaruhkan skill dan makeup sahaja. Persiapan minggu terakhir berbaloi setelah diumumkan tempat ketiga pada pertandingan yang berlangsung AHAD 30.11.2011. Pertandingan yang dianjurkan oleh URBEN VIBE EVENT itu bermula dari jam 11.45 sehingga 12.45 pagi di ballroom SACC SHAH ALAM. Gee bersama dengan anak didik Gee Hanna juga mencuba nasib masing-masing. Keadaan pagi tu agak ramai dikerumuni oleh photographer, pemilik butik dan juru makeup serta orang ramai yang hadir. Padat dan meriah menyebabkan Gee berasa gigil ketika melakukan sapuan base dan finishing. Bayangkan masa yang diberikan hanya satu jam tapi memerlukan makeup yang cantik dan perfect. Im so nervous. tapi berkat doa famili dan keluarga terdekat serta kawan-kawan semua menyebabkan Gee dapat melakukan dalam tempoh yang diberikan. Mencabar dan sungguh memberikan ilmu dan pengalaman yang banyak untuk Gee. Ingin Gee kongsikan ribuan terima kasih kepada ZAZA model yang sangat bekerjasama dalam melakukan apa jua tugasan dan yakin dengan kebolehannya tersendiri. Bila Gee memberi isyarat untuk membuat gaya arab ketika itu dia berada di atas stage memang dia lakukannya ketika presentation dengan baik sekali. Sangat happy dan berpuas hati. TQ SO MUCH ZAZA. Love it bekerjasama dengan u. Setelah Siti Safura menjadi pilihan untuk mengisi petak pertama kini ZAZA adalah model selected kami seterusnya yang memenhi petak kedua dari 5 yang diperlukan sekarang ada 3 lagi model selected yang akan memenuhi ruang untuk promosi baju-baju koleksi terbaru kami. Syukur... Berikut adalah gambar ketika pertandingan berlangsung...

Ulasan

cik nur berkata…
congrate tau memang lawa hasil kerja gee kelas tau hehehe
Karya Bestari berkata…
terima kasih cik nur... :)

Catatan Popular