YUZI TERENGGANU HEBAT DENGAN SENTUHAN GEE CANTIK

Pengalaman ke Kuala Terengganu amat mencuit hati. Tambahan pula Gee Cantik pertama kali ke Terengganu untuk melakukan tugas besar menyempurnakan solekan akad nikah dan persandingan. Memang satu pengalaman yang baik berada ditempat orang terutama mengenali cara hidup masyarakat di sana.

Yuzi seorang gadis kelahiran Terengganu sudah lama mengidamkan Gee Cantik untuk memakeovernya. Teruja sangat bila Gee setuju dengan penawaran kami. Kos penerbangan dan penginapan di taja oleh Yuzi dan suami. Tq so much. Memang sangat ok! Sampai sahaja di rumah Yuzi kami berpanasan sedikit memandangkan bekalan elektrik tergendala tapi ia tidak mematahkan semangat Gee bekerja dalam keadaan berpeluh. Sudah menjadi tanggungjawab harus Gee melakukannya. Sebentar kemudian setelah menghubungi TNB kami menghembus nafas lega. Mujur pihak TNB bekerja dengan efisyen. Good Job!

Baiklah teruskan dengan cerita Yuzi. Untuk memakover Yuzi tidaklah menjadi masalah kerana kulitnya yang mulus itu membantu solekan Gee tampil gah. Syukur... :) Solekan warna tema expensive pink dan purple menjadi pilihan dan tambahan rona coklat dan hitam di campur untuk solekan matanya. Gee menggunakan teknik solekan smockey socket agar matanya lebih bundar dan ayu. Emm ternyata selepas disolek Yuzi tampil lain dan cantik. Seronok melihat Yuzi berpuas hati kemasan dari Gee. Rakan-rakan yang hadir sewaktu belajar dahulu turtut berbisik kagum dengan solekan yang tak seberapa oleh Gee itu. Terima kasih di atas setiap pujian. Dan setiap pujian hanya layak untuk-NYA...Pembentukan kening yang harus dititikberatkan. Kadang kala pembentukan kening yang tidak padan menampilkan wajah anda kelihatan garang... Warna colat mengurangkan wajah menjadi garang. Jadi pilihlah pensil kening yang terbaik..
Kemasan maskara juga diambil kira agar tidak sememeh. Lakukannya dengan berhati-hati.Solekan akad nikah yang comel. sesuai dengan Yuzi. Katanya mahu tampil seperti artis... ha hambek... huhuhu u look so pretty Yuzi... Congrate...Kemasan terakhir sebelum berangkat ke Masjid untuk majlis akad nikah.
Selepas majlis akad nikah. Gee ke Hotel dan berehat di area K. Terengganu. Malam itu Gee bertemu Nik Makeup Artist bersama adiknya. Nik belanja Gee makan malam dan membawa Gee jalan-jalan melihat Masjid Kristal dan kawasan di sana. Memang best TQ Nik... Lain kalai kalau Gee ke Terengganu kita lepak di sana ya...
Di hari persandingan pula Yuzi mengenakan tema pink putih. Antara warna kesukaan Gee. Yuzi tampil ayu dan cantik denganw arna pilihan ini. Good Choice!...
Pose terbaik Yuzi dengan senyuman meleretnya...
Gee bergambar kenangan bersama pengantin.

Apa-apapun tahniah buat anda berdua. Syukur majlis berlangsung dengan jayanya. Gee doakan anda berdua kekal sepanjang hayat. Amin...

Ulasan

LaLaLovy berkata…
keayuan sbg tema tata rias artis mmg mabeles. =) i like make up u yang oii,
ann berkata…
mlke jauh la...sy duk kt kulai jb...ble nk wt ktarea jb...sy mmg mnt mkup...sy nie bkerja sbgai jurumkup kt kulai...klau bley sy nk mahirkn lg ngn teknik2 mkup...sbb sy msih x brpuas ht lg ngn hsil mkup sy...tolong la gee
Unknown berkata…
Ganu kat mne gee
Unknown berkata…
Salam.. brape harga gee

Catatan Popular