NISA TERUJA DENGAN SOLEKAN GEE
Pertemuan kami di stesen minyak Shell membuatkan Gee terkejut dengan sapaan Nisa ketika itu. Gee sedang membeli minuman di stesen berkenaan. "Eh.. Ni Gee Cantik kan... " Tersipu-sipu malu ketika itu sebab masa tu Gee sangat tidak terurus kerana perjalan ingin pulang ke kampung halaman dengan berpakaian simple di waktu lewat malam. Huhu dalam hati Gee... "Siapa pulak yang kenal aku ni" Rupa-rupanya Nisa. Bakal pengantin yang akan dimakeupkan oleh Gee nanti. Terus kami berkenalan disitu bersama bakal suaminya. Akhirnya tertunai hasrat Nisa ingin menggunakan khidmat Gee Cantik merealisasikan impiannya untuk menjadi glamour dihari persandingan...Untuk makeover Nisa sangat mudah. Kulitnya licin walaupun ada ruang yang tidak sekata. Penggunaan warna coklat, expensive pink dan sedikit black digunakan bagi mencantikkan mata Nisa. Nisa amat berpuas hati dengan solekannya sehinggakan ada makciknya membuat 2 thumb kepada Gee. Syukur alhamdulillah... Yang paling penting kepuasan pelanggan diutamakan... Salam jumpa lagi Nisa. Gambarpun setakat yang diambil melalui hp Gee sahaja dan jika mempunyai gambar yang boleh dimuatkan di dalam blog ini silalah emel kan kepada Gee nanti ya... Selamat Pengantin Baru..
Ulasan