EJA - MAJLIS GILANG GEMILANG DI SHAH ALAM
Sudah lama Gee tidak mengemaskini blog. Kesuntukan masa dengan kerja di pejabat membuatkan Gee sukar untuk memaparkan kisah menarik untuk tatapan semua. Sementara menunggu gambar dan cerita terkini bengkel solekan Gee Cantik. Gee paparkan solekan Gee yang lepas-lepas yang belum sempat Gee paparkan. Eja yang merupakan anak coach bola jaring Gee merupakan anak bongsu dan terakhir melakukan perkahwinannya di Shah Alam. Majlisnya yang gilang gemilang itu sememangnya harus mendapat pujian. Malahan makanan yang disajikan untuk para hadirin amat menyelerakan. Seronok bersua dengan teman-teman sambil menikmati hidangan yang disajikan.Jika mengingat kembali rasa ingin berada di masa lampau semula. Keseronokan bekerja dengan Eja harus diingati sampai bila-bila. Begitu juga dengan kakaknya Zura yang begitu baik dan tidak kurang hebatnya. Majlisnya juga seperti mengalahkan perkahwinan diraja 4 hari 3 malam penuh dengan kesenian seperti permainan cak lem pong, pemakaian sanggul gantang dan lintang yang merupakan favourate bagi orang yang berasal dari negeri Melaka ini. untuk makeover Eja amat mudah cuma perlu diberi penekanan di bahagian hidung dan shading. Penggunaan D4 Dermacos dan juga stick foundation 4 dan 5 serta Supra menjadi pilihan Gee. Memang hasil seperti anak patung terutama ketika di aplikasi pada majlis persandingan.
Kalau tiada malam berinai tidak sah bagi orang yang berasal dari keturunan orang Melaka ini. tambahan pula ibunya Zabedah Abdul Ghani menetapkan berapa pasang baju untuk pengantin memakainya. Huhu tengoklah tu bergaya sakan Eja...Pelamin nan tersergam indah. Bagaikan berada dalam taman tema Off White menjadi pilihan bagi Eja dan Suami.
Untuk majlis persandingan Eja mengenakan songket lama bersongket corak penuh. Jarang orang sekarang memakainya. Maybe untuk mendapatkan kelainan Eja memilih baju tersebut yang berwarna hijau lembut keemasan. Tidak salah pemilihannya kerana ramai memuji pemilihan pakaian dan juga solekan Gee. Alhamdulillah... Syukur. :) Selamat Pengantin Baru dan berbahagia bersama suami...

Ulasan