BENGKEL SOLEKAN GEE CANTIK - MELAHIRKAN PELAJAR BERBAKAT!
Syukur alhamdulillah Gee panjatkan rasa syukur ke hadrat ILAHI kerana berakhirnya Bengkel Solekan Gee Cantik yang telah berlangsung di Hotel Swiss Garden & Residence pada 19 Februari 2011 yang lepas. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu benar-benar menguji kebolehan teknik mengajar dan juga memerlukan ketangkasan dalam melaksanakan majlis yang gemilang itu.
Kalau tidak kata-kata semangat yang diberikan maka tidaklah projek ini berjaya dengan excelent! Terima kasih untuk Hasnan(UKM) selaku penolong project juga kepada teman-teman yang membantu seperi Fitri(MARA), Anuar dari utara, Benji yang mereka baju Gee Cantik yang meletop itu. Tidak lupa juga kepada Azrin dan juga rakan dan juga anak didik Gee Cantik iaitu Lya Sweet - L'touch, Hanna, Diana, Fiza dan Fidz Fizie yang telah banyak memberi bantuan dalam menjayakan kelas kali ini. Juga tidak ketinggalan kepada model kami iatu SITI SAFURA yang sudi meluangkan masa dan menjadi model bengkel solekan. Kepada EMMA thank to u so much... Muah..muah..muah dalam puluhan event, event Gee Cantik menjadi tarikan dan pilihannya untuk kami adakan di hotel tersebut. Kepada penaja kami iaitu ADABI, CAK PHOTOGRAPHY dan juga RA - RAMAN AIZA BUTIK di TAMAN DIMENSI ALOR GAJAH, MELAKA yang menaja program kami ini. TQ so much to all of u...
Songket tenunan bersulam emas,
Di pakai perawan wajah berseri;
Budimu tuan tidak terbalas,
Moga tuhan merahmati diri.
Di pakai perawan wajah berseri;
Budimu tuan tidak terbalas,
Moga tuhan merahmati diri.
Pagi-pagi lagi Gee sudahpun sampai ke hotel bersama dengan anak buah Gee iaitu Azrin. Seawal jam 7 pagi waktu tu seingat Gee semua orang belum sampai... Seronok bekerjasama dengan TEAM GEE CANTIK
Kelam kabut juga menyiapkan kerja-kerja dibelakang tabir. Maklum jelah first time event dibuat di hotel besar yang bertaraf antarabangsa ini. Sampai-sampai jer di perkarangan Lobi Hotel Swiss membuatkan air mata Gee mula bergenang melihat promo di TV PLASMA hotel dan sign board untuk programme Bengkel Solekan Gee Cantik Resources. Rasa sebak dan terharu juga macam tak percaya dan berdebar pun ada telah menusuk hati ini. Emm... what ever it is hari ini Gee akan mengajar dengan penuh keikhlassan hati dan mencurahkan segala ilmu yang Gee ada kepada student Gee nanti.
Memastikan semua data lengkap di masukkan dalam TV Sreen.Gee sempat memberi ingatan terakhir untuk penyambut tetamu kami iaitu Anuar PADI FIRM dan Fitri dari GIAT MARA.Menyusun paper bag dan dorgift untuk semua tetamu yang hadir
Hasnan memastikan semua kelengkapan disusun rapi dan lengkapSijil Solekan untuk para peserta bengkel solekan gee cantik 2011
Hasnan memastikan semua kelengkapan disusun rapi dan lengkapSijil Solekan untuk para peserta bengkel solekan gee cantik 2011
Sampai sahaja di pintu depan LOTUS 2 Gee terus meletak beg dan memulakan persiapan menyusun dorgift dan juga meniup belon serta memastikan set LCD berjalan lancar. Aromaterapi berbau TEDDY’S DREAM di pasang semerbak memenuhi ruang bilik tersebut. Kemudian TEAM GEE CANTIK mula sampai sorang demi sorang dan melakukan aktiviti pemasangan banner pada tiang, meniup belon, menyusun hamper dari penaja, sijil dan keperluan lain. Memang meriah! Walhal Gee sebenarnya nak buat simple-simple jer tapi dah macam event yang pernah Gee lakukan sewaktu bekerja. Kata orang alah biasa tegal biasa... Dengan bantuan rakan-rakan semuanya menjadi mudah.
Perserta pertama sampai adalah Azrin kemudian, Siti Baizura, Fendi dan kakaknya Normala dan seterusnya peserta yang lain. Seronok apabila mereka telah menukar pakaian rasmi Gee Cantik yang bertemakan merah, hitam itu menjadikan majlis tersebut sangat gemilang gitu... Thank to benji(Rizal) design ko memang hebat! I like...Majlis terus berlangsung dengan sesi perkenalan antara peserta dan juga ada perkara yang telah menyentuh hati dan jiwa Gee ketika itu. Antara yang membuatkan Gee hampir menitiskan air mata adalah sikap dan semangat peserta yang sanggup turun dari jauh semata-mata ingin menimba ilmu seperti Yana dari Terengganu, kak Saidatina Ali, dan sebagainya. Dari Johor pun ada apatah lagi dari Melaka. Kes Fendy pula benar-benar menusuk hati Gee apabila sanggup tidak menghadiri majlis konvokesyennya di universiti semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri Bengkel Solekan Gee Cantik. Gee mempelawanya untuk mempelajari dan menyediakan hari khas bengkel solekan untuknya namun semangat yang diberikan kepada Gee itu membuatkan Gee lebih yakin dan bersemangat untuk mengajar mereka pada hari itu. Tepuk tangan untuk Fendi!...
Majlis berjalan lancar dengan bersuai kenal dengan team Gee Cantik dan juga anak didik Gee seperti ltouch, Hanna, Fiza, Diana dan beberapa orang lagi. Seronok dan sayu bila mendengar bacaan doa dari Benjy(Rizal). Tidak lupa juga kepada suami Nani yang sanggup tunggu sehingga habis majlis dan juga suami lya yang sudi meminjamkan laptop kepada Gee untuk Screen Priview. Kita merancang tetapi TUHAN menetukan... LCD tak boleh join dengan Laptop mujur jasa baik pasangan ini meminjamkan laptop kepada Gee. Syukur sekali lagi ada sahaja bantuan ALLAH turunkan untuk Gee.
Majlis berlangsung lagi dengan sesi suai kenal bersama peserta. Game yang ringkas tapi penuh dengan tauladan dan tahniah buat Yanti Ahmad kerana menjadi juara setelah menewaskan Normala dalam mencari sahabat terbanyak waktu itu. Yanti menerima buku Cara membuat Rambut keluaran Grup Buku Karangkraf.
Majlis berjalan lancar dengan bersuai kenal dengan team Gee Cantik dan juga anak didik Gee seperti ltouch, Hanna, Fiza, Diana dan beberapa orang lagi. Seronok dan sayu bila mendengar bacaan doa dari Benjy(Rizal). Tidak lupa juga kepada suami Nani yang sanggup tunggu sehingga habis majlis dan juga suami lya yang sudi meminjamkan laptop kepada Gee untuk Screen Priview. Kita merancang tetapi TUHAN menetukan... LCD tak boleh join dengan Laptop mujur jasa baik pasangan ini meminjamkan laptop kepada Gee. Syukur sekali lagi ada sahaja bantuan ALLAH turunkan untuk Gee.
Majlis berlangsung lagi dengan sesi suai kenal bersama peserta. Game yang ringkas tapi penuh dengan tauladan dan tahniah buat Yanti Ahmad kerana menjadi juara setelah menewaskan Normala dalam mencari sahabat terbanyak waktu itu. Yanti menerima buku Cara membuat Rambut keluaran Grup Buku Karangkraf.
Seterusnya. Sesi minum pagi dan seterusnya acara berlangsung dengan KELAS SOLEKAN dengan MENGETAHUI RAHSIA TEKNIK SOLEKAN GEE CANTIK. Gee seronok mengajar satu persatu tentang teknik solekan Gee cuma itu adalah salah satu teknik sahaja. Dan Gee galakkan semua student untuk menghadiri sesi sebenar di rumah pengantin agar mereka tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi kelas solekan Gee bukan berhenti disitu malah Gee akan memberikan tips dan membimbing mereka supaya benar-benar mahir dan dapat apa yang diingini. “USAHA TANGGA KEJAYAAN”. Konsep permainan suai kenal yang diujudkan tersebut banyak memberi makna jika kita lambat, jika kita tidak berusaha dengan gigih dan cepat maka kita akan ketinggalan. Namun, kita juga percaya kepada rezeki ALLAH. Begitu juga dengan skill makeup. Sedikitpun Gee tidak lokek untuk Gee ajarkan. Kerana Gee percaya pada Rezeki ALLAH...Macam-macam gelagat yang diperolehi ketika mengajar. Student nampak sangat teruja dengan teknik pengajaran. Teknik solekan socket, smockey dan smockey socket diperlihatkan kepada semua. Penumpuan yang baik dan mujur rakan Gee menulis diwhiteboard untuk mengingatkan mereka nanti. Ada yang merakam, ada yang mengambil gambar untuk dijadikan rujukan dan panduan step by step. Model pertama Siti Safura Gee gunakan teknik solekan supra dan liquid yang mempunyai kehebatannya tersendiri. Yang paling penting teknik rendering foundation dan eyeshadow. Setelah selesai step bystep Gee tunjukkan teknik pemakaian baju pengantin dan cara pemakain tudung dan kemasan. Usai sesi tersebut kami terus bergambar dan terus makan tengah hari di coffehouse Swiss Garden. Tengok tu kusyuk sungguh Normala dan Rosmiza melihat step by step solekan.Reza bertanyakan soalan mengenai asas foundation yang digunakan.Fiza dan Nordiana sempat menjengok dan menimba ilmu terkini. Diana rasa teruja dengan teknik terbaru yang Gee tunjukkan berbeza dengan teknik dahulu. Kak Saidatina Ali bertudung merah tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat.Sambil menyelam minum air: Fetri dan Fiza sempat mempelajari teknik Gee Cantik,Tindanan dua warna MAC menhasilkan warna 3 dimensi. Menarik bukan... Normala teruja dengan cubaan warna dilakukan di atas kulit tangannya.Teknik pemasangan bulu mata dan kemasan yang perlu dititkberatkan.e Cara melukis kening dan jatuhan pada hujung mata. Yana dari terengganu sempat melukis untuk rujukannya nanti.Teknik sapuan lipstik dan lipgloss.Penelitian terhadap pemasangan baju pengantin dan jatuhan kain yang sesuai dengan paras ketingian.Safura sangat cantik mengenakan lace hitam dan merah ini. Dia tampil berani dan cantik.Lya, Hanna dan Benji memastikan slide berjalan lancar...
Memang tiptop makanan mereka an feel back yang Gee terima masing-masing puas hati dengan makanan yang dihidangkan. A++ Gee bagi untuk Swiss Garden Hotel & Resident. Thank to EMMA. :) Dari satu meja ke satu meja Gee pastikan bersuai kenal dan bertemu dengan peserta. erkongsi cerita dan pengalaman dan juga penerimaan bengkel Gee.Kemudian sesi seterusnya Gee mengajar teknik solekan socket terutama dibahagian mata. TQ to my anak didik Diana kerana sudi menjadi model ketika itu. Kelas seterusny dilanjutkan dengan pembahagian dua kumpulan iaitu Bahagia A dan Bahagian B. A akan makeup B kemudian b akan makeup A. Bila kelas semua macam tahu bila dan praktikal masing-masing menggelupur. Huhuhu kesian mereka. Biasalah student kalau tidak bukan namanya student ya tak. Yang penting mereka boleh mengikut langkah yang diberikan dan memberikan hasil yang baik. Ada yang perlu dibaiki kerana rata-rata peserta kali ini tidak mempunyai asas dan pengalaman solekan. Jadi adalah berbaloi bagi Gee setelah melihat hasil kerja mereka seolah-olah mereka pernah melakukan teknik solekan itu. Namun masih perlu belajar dan belajar lagi tidak kira bertuan guru sesiapapun Gee galakkan. Kerana ilmu itu tidak akan putus... Termasuk Gee sendiri kerana jika kita merasakan diri kita hebat maka kita tidak akan maju dan terus maju.
Saidatina dimakeupkan oleh Yana dari TerengganuShahriani dimakeupkan oleh YantiFendi memakeoverkan modelnya.Sentiasa dalam keterujaan- NormalaSenior Pelajar 2011 (Fiza) memerhatikan Baizura menerangkan tentang teknik yang sepatutya di buat.STenyeh jangan tak tenyeh Baizura oiii...Ha... gelabah... tadi bila tanya semua faham bila buat lupa stepnya. Huhuhu apa-apapun mereka dibantu oleh senior mereka Marlia(L'touch). Seronok jer nampak..huhuhu
Sental dik jangan tak sental. Azrin dengan modelnya... diam tapi boleh melakukan teknik yang diunjurkan.
Kemasan foundation dan layer by layer dilakukan dengan penuh hati-hati agar bawah mata tidak berkedut nanti.
Normala kakak kepada Fendi tetap gigih walaupun kurang berpengalaman dalam dunia solekan namun, masih boleh mengikuti tenik solekan Gee.
Fendi seorang yang pendiam namun, terserlah kegigihan dan semangatnya dapat dilihat dari teknk solekannya.
Reza terpaksa bergegas untuk menyiapkan solekan kerana terpaksa ke pertujukan secara langsung di TV ketika itu. Solekannya cantik dan boleh di mantapkan lagi. Good Job Reza...Nanipada awalnya berasa kekok namun, kembali bertenaga dengan teknik solekannya.Kemaskan lagi kata Fiza... Macam cikgu dah Fizal Gee tengok u. hank Fiza dan Diana sanggup luangkan masa bersama kami...
Ha... Gigil.. . Mahu tidak? L'Touch lah pulak meneliti solekan mereka. Gee memerhat setiap peserta sau persatu dan memperbetulkan kesalahan dan juga mengajar mereka teknik yang betul. Teori mudah bila praktikal... baru kitatahukan... Huhuh apa-apapun enjoy dengan uall semua...
Sewaktu kelas solekan tersebut... Gee dibantu oleh senior mereka. Diana, Fiza, Marlia, Hana, Hasnan, Fidz fizie, Fetri dan Benji. Agak terkawal cuma ada sedikit kelewatan masa disebelah petang kerana peserta A terambil masa peserta B. Namun Peserta B lebih pantas membuat kerja kerana telah belajar ketika peserta A membuat solekan. Jadi secara tak langsung mereka belajar mengingat. Masa yang dirancangpun tamat seperti yang dijadualkan. Jadi Almost perfect majlis tersebut. Syukur Alhamdulillah.
Ha.... Cantik bukan... Jangan marah... walaupun mereka tidak mempunyai asas solekan namun, mereka mampu melakukannya.. Anda bagaimana...Jangan lupa ikuti kelas Gee Cantik akan datang... Tempat terhad sapa cepat dia dapat. Berbaloi-baloi....
Sesi seterusnya adalah sesi penyampaian sijil dan hadiah berupa hamper dari tajaan ADABI dilakukan. Sungguh terharu dengan hasil kerja pelajar dan juga telah tamat menjadi Student Gee Cantik. Selepas ini mereka akan menjadualkan diri sendiri untuk mengikut Gee kemana sahaja Gee lakukan solekan dan pilih sahaja tarikh yang sesuai untuk mendapatkan ilmu lanjutan seperti teknik membuat rambut dan mengawal majlis perkahwinan.... Jadual gee berada disebelah kanan blog di bawah.... Terima kasih daun keladi kepada yang membantu dan salam jumpa lagi di tahun hadapan atau next class.Seterusnya acara penyampaian sijil dan hadiah tajaan. Terima Kasih ADABI kerana menaja kami. TQ so much sangat-sangat k. Mereka menerima sijil, hamper tajaan, dorgift dan paperbag istimewa dan novel dari Alaf 21. Fid Fizie senior mereka mewakili Reza yang terpaksa pulang awal.
Yana dan Gee.Noranira dan Gee
Kemungkinan KELAS ASAS SOLEKAN & GROOMING akan menyusul di bulan September 2011... (masih lagi dalam perancangan) Sediakan wang secukupnya untuk kelas solekan ini agar anda dapat menempatkan diri dalam BENGKEL SOLEKAN GEE CANTIK & GROOMING. RATE ANGGARAN RM500...
Kemungkinan KELAS ASAS SOLEKAN & GROOMING akan menyusul di bulan September 2011... (masih lagi dalam perancangan) Sediakan wang secukupnya untuk kelas solekan ini agar anda dapat menempatkan diri dalam BENGKEL SOLEKAN GEE CANTIK & GROOMING. RATE ANGGARAN RM500...
Ulasan