WAWA! HEBAT DI HARI PERSANDINGAN - Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid

Nantikan cerita mereka...Jumaat merupakan pilihan hari yang sememangnya menjadi hari pilihan pengantin masa kini. Majlis akad nikah Wawa di lakukan di Masjid area Kuala Lumpur. Gee sampai seawal jam 11 pagi di rumah Wawa. Sampai sahaja Gee dijamu dengan kek lapis Sarawak yang sememang glamour dalam dunia pembuatan kek lapis. Setelah selesai Gee memulakan makeover Wawa. Wawa merupakan gadis kacukan cina sealiran dengan Gee yang mempunyai kacukan Cina dan Melayu. Satu Malaysia sangat. Huhuhu.... Kulit Wawa memang polos dan putih cerah. Mudah sangat-sangat mewarnakan foundation dan juga bedak asas ke atas mukanya. Cuma penekanan diberikan pada mata yang agak sepet. Teknik membundarkan matanya dengan teknik solekan yang mampu memberikan lirikan mata yang menawan. Pemilihan lens yang sesuai dengan matanya juga telah menyelamatkan masalah mata kecilnya itu. Lihatlah hasil solekannya ya. Untuk para pengantin jangan lupa kalau nak bergaya sikit, apalagi tempahlah lens yang sesuai dengan mata anda. Gee cadangkan untuk mata agar nampak bundar, pilihlah lens bewarna silver grey. Selesai makeup Gee dijamu dengan makanan tengah hari yang sangat enak. :) Tq wawa.. malu plak rasa gee ketika tu sampai Gee makan di bilik pengantin...Pemilihan baju warna putih dan taburan manik purple dan pink pilihan Wawa yang sangat tepat. Memang nampak anggun apabila mengenakan baju tersebut. Gee suka melihatnya. Untuk solekan di hari persandingan ianya di lakukan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kuala Lumpur. Makeup di sana juga selesa. Tidaklah stress. Cuma dapat melihat wawa rehersel terlebih dahulu sebelum majlis gemilang berlangsung. Suaminya baik hati dan tampan. Tidak banyak berbicara cuma tersenyum sahaja. Rupa-rupanya ada kerabat-kerabat yang turun untuk majlisnya. Jadi semuanya protokol. Seronok melihat protokol majlis. Gee mempelajari sesuatu darinya... I like..TQ to apai yang sudi memberi beberapa gambar untuk disiarkan. So, kalau bernimat dengan hasil kerjanya boleh menghubungi apai: http://apaipictures.wordpress.com. TQ apai :) ada masa kita bekerjasama lagi

Ulasan

Catatan Popular