PELANCARAN BUKU ASAS SOLEKAN MERIAH DENGAN KEHADIRAN ROZITA CHE WAN
Sabtu yang lepas 20 Mac 2010 jam 4.30 petang berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Asas Solekan kelolaan DIOS ASTANA bersama dengan Amy Janz. Majlis yang serba ringkas ini di meriahkan dengan Fashion Show dan juga pertunjukan silat sebelum majlis pelancaran ini di mulakan. Memang menarik dengan program yang diadakan di sana sempena pameran pengantin PWTC. Rozita Che Wan datang dengan Gown pendek menampilkan dirinya ala princess petang itu. Solekannya mampan hasil dari touchup Amy Janz. Cuba tengok sebelah gambar Rozita. Gee sedang pose maut kat situ. Huhuhu Actually Gee menjaga stage flow untuk event ni. So penat juga selepas makeup nikah di Subang. Tapi demi kawan-kawan kan, Gee gagahkan diri jugak membantu mereka menguruskan majlis. Petang itu Gee tidak kesorangan. Gee di bantu oleh Ltouch(lya Sweet) dan staff alaf 21 yang lain seperti Dilla, Dodi, Papa Ery, Atai, Ina dan yang lain lain. Tengok tu Rozita Che Wan berposing dengan buku Asas Solekan. Let's dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa PWTC pada 19.3.2010 hingga 28.3.2010. Katanya, Amyjanz dan kami semua akan turun ke Pesta Buku menyaksikan demo yang akan di buat secara live di sana oleh Amyjanz nanti.
Amy memberikan kata-kata penghargaan kepada Rozita kerana dengan kehadirannya telah banyak menaikkan nama Amy. Rozita juga berkongsi rasa dengan mewar-warkan bahawa Amy juga banyak membantu dirinya dalam penampilan dan solekan. So, pengajarannya di sini mereka saling bekerjasama dalam memajukan diri masing-masing.
Memang meriah sempat juga Gee bertemu dengan DINA HALIM di sana. Memang pelamin yang di pamerkan memukau pandangan mata yang memandang. Katanya harga untuk pakej memang berbaloi. Takpe... lets focus kat pelancaran buku ni. Majlis yang sangat simple ini sememangnya di hadiri oleh para wartawan dan melibatkan semua laipsan masyarakat. Memang meriah bangat! Jom Tinjau pic kenanga bersama Rozita Che Wan dan Amy Janz sendiri.
Ulasan
ruginya tak dapat join...
saya memang minat abes gan rozita che wan...
cantiknye...
cam barbie doll...
dia mekap sendri ke??
wah.. abg mesti pandai mekap macam dia kan..
sebab sy selalu jengah blog ni..
hasil seni abg memang halus..
kagum saya tengok...