TERHARU DENGAN PELAJAR SOLEKAN GEE CANTIK

As salam... Sungguh amat terharu perasaan Gee apabila melihat Nik tiba seawal pagi dan merupakan orang pertama yang mula-mula muncul di Show Room Butik En. Rahman.Waktu tu Gee sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut kedatangan pelajar solekan kami. Nik sampai dengan adiknya katanya dari Terengganu(Nik) manakala adiknya memang berada di Melaka. Nik bermalam di dalam bas dan tiba di Melaka pukul 5 pagi. Kemudian seorang demi seorang muncul di daun pintu kami. Fiza(Johor), Diana(K.Lumpur), Norliana(Seremban), Yati(Pahang) dan Kak Salmiah(Melaka), Kami menyambut mesra kedatangan mereka dengan membuat proses pendaftaran terlebih dahulu.
Mula-mula kami berbual dalam sesi perkenalan antara satu dengan lain kemudian kami mengenali dan meninjau semula apakah matlamat mereka datang menghadiri kursus dan memperbetulkan niat mereka. Setelah mendengar pengalaman manis dan pahit mereka membuatkan gee rasa sebak di hati dengan kegigihan yang ditunjukkan kepada kami. Pagi itu Gee tidak berkeseorangan, Gee ditemani oleh Chi Chi untuk menyempurnakan lagi kelas kami. TQ Chi Chi jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Mereka mendapat dorgift dari Gee dengan koleksi novel Gee dan juga Buku Asas Solekan secara PERCUMA. Tidak lupa juga sijil kursus yang sudahpun tiba di tangan mereka.Pagi tu mereka dijamu dengan hidangan mee goreng dan makanan lain. Semuanya dikendalikan oleh Puan Aiza isteri kepada En. Rahman. Sempatlah En. Rahman berkongsi idea dan mencurahkan pengalamannya kepada suami Kak Salmiah dari Melaka. Setelah selesai, acara LETS MAKEOVER BERMULA.Gee memulakan solekan step by step gaya GEE CANTIK. Bermula dengan tips seterusnya psikologi dan terus kepada praktikal makeup. Ohhhhh... wah.... patutlah.... begitu.... macam tu.... itulah yang terkeluar dari mulut mereka ketika gee membuat praktikal dan tunjuk ajar. Gee memberikan full gaya solekan smocy socket. Ternyata mereka memang benar-benar mengikuti apabila masing-masing menulis bagaikan gaya wartawan isu hangat! Simbahan cahaya lensa berkelip-kelip tidak berhenti kerana ingin abadikan teknik Gee. Bagus! Gee sukakan cara mereka. Malah gee galakkan kalau mereka membawa video, bagus untuk ditonton selepas balik semula ke rumah. Selain dari itu Gee mengajar teknik memakai tudung dan juga bagaimana membuat cucuk sanggul dan juga menghias serta membuat rekaan rambut. Tengoklah menarikkan... Tulah masa kelas di buka tak mahu mendaftar kan dah rugi... So next time bila Geee open class cepat-cepat booking k. Huhuhuhu
Masih segar dalam ingatan apabila Gee memberi penghormatan kepada kak Salmiah mencuba solekan kepada model, katanya akak ni ada penyakit sikit... Kami ketawa terkekeh-kekeh melihat Kak Salmiah menggigil ketika mewarnakan kelopak mata. Namun ada juga pelajar yang konfiden dan tidak mahu melepaskan peluang ini. Lama kelamaan Kak Salmiah terus konfiden dan tidak kekok lagi. Kami sama-sama memberi semagat kepadanya. Gee menggalakkan mereka bekerjasama dengan yang lain agar komuniti seperti kita ni dapat bertukar pendapat dan idea di masa akan datang dan tidak hanya perkenalan di situ sahaja. Setelah selesai solekan, mereka pun mengambil gambar model(adik Liana). Thanks ya dik kerana sudi menjadi model kami...Setelah selesai makeup, kami disapa dengan bau ayam goreng. Wah! memang lapar kami waktu tu. Kami berhenti berehat untuk waktu makan tengah hari. Fuh! tengok Nik belasah(makan) tak hengat waktu tu. Katanya sedap dengan masakan yang diberikan. Masing-masing makan dengan penuh khusyuk termasuklah gee sambil mendengar En. Rahman bercerita ketika itu.
Fieza khusuk memakeoverkan Nik. Solekan yang ditunjukkan memang menyamai solekan Gee. Huhuhu habislah lepasni gee tak dapat cari makanlah..hahahaha.. Takdelah uall Gee bergurau je. Gee percaya pada rezeki yang ALLAH bagi.
Kedua dua mereka merupakan pelajar yang menceriakan kelas Gee. Banyak Gee ketawa dengan mereka. Gelagat mereka mencuit hati Gee. Namun, solekan yang dilakukan oleh Kak Salmiah dari Melaka ni pun boleh tahan juga...
Gee seronok mengajar mereka. Mereka memberi perhatian sepenuhnya kepada kelas Gee. Muncul juga perkataan... "Eh! tak sangka dah pukul 3 lebih, tak rasa bosan pun, selalunya dah menguap-nguap bila pergi kelas solekan lain." Huhuhu seronok plak Gee dengar keluh kesah mereka. Tak sedar sampaikan Gee suruh minum..sangup tak minum sebab terlalu leka dengan solekan.
Diana seorang yang banyak bertanya dan Liana juga cuba mendapatkan
teknik terbaik untuk memantapkan diri mereka.

Nik Berani mencuba teknik smockey eye...
Gee tengok nik seorang
yang gigih menimba ilmu. Tahniah!
Emm... Yati orangnya genit jer. Ingatkan belum kawin tapi dah kawin dah. Sangat comey...
Walaupun tidak pernah pergi ke kursus solekan tetapi boleh mengikuti gaya Gee. Ini sudah bagus...
Berikut adalah hasil solekan mereka before and after. Kami habis lewat malam. Walaupn kelas habis pukul 6 namun Gee rasa amat bertanggung jawab sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kelas kami. Seterusnya Gee sambungkan sampai pukul 9 malam. Kesian Liana tidak dapat membuat makeover sepenuhnya kerana dia terpaksa balik seawal 7 malam. Takpe Liana boleh contact Gee sekiranya memerlukan kelas tambahan... Setelah selesai kami bergambar kenangan untuk disimpan didalam memori kenangan. Semoga uall "semua menjadi". Maksudnya menjadi juru makeup yang tulus dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan semasa. Ingat pesan cikgu!... Walau apapun, walau bagaimanapun, yang penting niat kita yang ikhlas, suci semuanya untuk ALLAH. Baru segala kerja kita akan menjadi luar biasa! Amalkan InsyaALLAH anda akan merasakan sesuatu sentiasa disampingmu. Anda tidak perlu bimbang dan takut dengan cabaran kerana kesemuanya adalah ketentuannya. Setiap cabran yang diberikan hadapi dengan tenang dan sentiasa kembali kepada pencipta. Salam jumpa lagi dan sentiasa keep in touch!.. Maaf sekiranya ada yang Gee terkasar bahasa atau terlanjur kata yang mengguris hati dan perasaan anda ketika melakukan sesi kelas tersebut. :)

Ulasan

Achik Endy berkata…
bgs Gee.. teruskan berkongsi ilmu, murah rezeki...
pyeiza berkata…
cekgu...tq very2 much....d best class i've ever attend...smoga rezki gee akan mencurah2 dek kerana sikap gee yg tak lokek lansung ilmu solekan...
Time kasih achik endy... lama tak dengar khabar. U pa citer... sihat ker. so how ur bisnes makeup. And pieza time kasih bebanyak pieza. Alhamdulillah harap pieza berjaya dan sentiasa belajar dan belajar. Dont giv up k.. :)

Catatan Popular