MAZNI TELITI DENGAN SOLEKAN GEE - MELAKA
Berpandukan peta yang diemelkan kepada Gee akhirnya, sampai juga Gee di perkarangan rumah Mazni. Ketika itu, Gee melihat khemah yang sedang dipasang dengan tema warna white & purple. So sweet!(Katanya... khemah ni didatangkan dari Kuala Lumpur gitu). Sampai sahaja Gee disambut dengan keluarga Mazni dan terus mendapatkan Mazni. Kami pun berkenalan antara satu dengan lain. Setelah memberikan pandangan baju yang harus dipakai, maka Maznipun bersedia untuk di makeover. Untuk pengetahuan Mazni telah membuat dua baju untuk dipakai untuk majlis akad nikahnya. Dua-dua cantik. Terpacul juga mulut Gee menyebut. "Eh, kalau tak mahu pakai baju tu, bolehlah jual kat Gee." Suka sangat dengan baju nikahnya. Mewah gitu!
Memakoverkan Mazni, Gee perlu berhati-hati kerana Mazni very detail person. Kalau Gee pun mengimpikan solekan yang perfect untuk bakal isteri Geekan.. Huhuhu... So tidak menjadi masalah cuma kali ini Mazni mahukan solekan yang simple. Lagipun kulit Mazni amat mudah dan licin. Kulitnya amat mesra dengan makeup. Lihatlah hasilnya...Untuk Majlis Persandingannya Gee menggunkan warna fovourate Gee. Teknik penggunaan smocky socket Gee gunakan bagi memperlihatkan matanya menjadi lebih galak. Setelah siap Mazni tampil sungguh anggun. Sehinggakan kanak-kanak yang berada disitu memanggilnya "Princes". So Sweet...Memang secocok pasangan ini bila tampil dengan pakaian serba putih. Bagaikan puteri yang diiringi pari-pari... Love it. Tema pilihan Mazni adalah warna yang sangat popular juga. Padanan putih selalunya membangkitkan warna pelamin dan dipadankan dengan warna purple lembut serta penggunaan kain lembut berwarna pink lembut membantu menyerikan pelamin itu lagi.Emm.. tengok tu... Ingat lagi Gee sewaktu bersama dengan photographer hebat kita(Azizi Ahmad) bersama-sama untuk mendapatkan momment menarik untuk pose mereka. Ketika ni mereka berdua memang gelak besar sungguh. So natural...Superp! Congrate Azizi. Ur touch memang DIVA. I suka sangat-sangat. Gambar u penuh dengan emosi dan communication. I study kat Uitm on Visual Communication Design(MA). Gambar u memang mempunyai unsur kejiwaan(soul). Touch ini yang selalunya photographer kurang pendedahan dan mempunyai cita rasa. So, Photographer yang kat luar sana boleh timba ilmu dengan Azizi Ahmad ni. No. Phone dia... 019-3680388. Tidak lupa juga kepada bakal pengantin jangan lepaskan peluang untuk ambil this number untuk mengabadikan gambar seumur hidup anda. Tengoklah hasilnya meletop...
TUNGGU GAMBAR RESEPSI DI SEBELAH LELAKI... LAGI MELETOP..huhuhu
Ulasan