ZANA DARI CHERAS PUAS HATI DENGAN SOLEKAN GEECANTIK

Zana dari Cheras. Orangnya sangat simple dan mudah. Beria sangat nak Gee makeupkan dia. Pada mulanya rancang nak ambil Gee untuk kedua-belah pihak tapi pihak lelaki dah ada planning untuk persandingan di Tampin. Akhirnya, hanya sekali sahaja mendapat sentuhan dari Gee. Takpelah Zana, Sabarjelah ya. Dapat jugak sentuhan dari gee at least takde la ralat ye tak. Untuk memakeoverkan Zana agak sukar juga. Tekstur kulit kurang rata dan Zana sedang membuat rawatan untuk kulitnya. Kasihan Zana. Namun selepas solekan berjaya juga mengurangkan kesan jeragatnya. Zana tampil cantik dengan penekanan diberikan kepada mata. Congrate Zana...Seronok tengok gelagat Zana dan suaminya ketika berposing di atas katil. Memang sporting! Ketawa bagai nak rak Gee bila Gee turut serta menunjuk gaya di atas katil semata-mata untuk mendapatkan posing terbaik untuk mereka. Huhuhu. Tahniah buat kamu berdua. Pasangan comel malu-malu mereka berdua ni. Anyway tq so much dengan lauk yang dihidangkan petangtu. Kami disajikan dengan masakan Negeri Sembilan. Memang best! Podeh tapi Sodap! Buat peminat semua kalau nak tahu siapa orang yang bertungkuslumus di belakang tabir untuk merakamkan gambar mereka ini ialah POTRET JIWA. Thank u uals di atas ihsan gambar yang diberikan. Muah..muah...muah.

Ulasan

Catatan Popular