RASHIDAH ISMAIL - KG. BARU KUALA LUMPUR.
Untuk bulan Mei tahun 2009 ini merupakan bulan yang paling sibuk untuk Gee Cantik. Bayangkan jadual Gee penuh sehingga bulan Jun. Tidak sempat untuk Gee masukkan gambar terbaru hasil kerja Gee di blog ini. Terbaru! Gee baru sahaja selesaikan makeup untuk persalinan yang cukup simple tetapi bermakna buat Rashidah Ismail dari Kg. Baru, Kuala Lumpur. Hasil dari pilihan keluarganya Gee telah diberi mandat oleh Puan Zabedah (yang merupakan coach bola jaring Gee yang dihormati) untuk memakeoverkan anak buahnya. Gee ditemani oleh rakan Gee iaitu Fidz(Andaman Fadzil Klang). Kami sampai lewat petang dan seterusnya membuat makeover kepada Rashidah. Nampak gaya dari warna pelamin temanya warna putih dan fresh flower. Begitulah gamaknya...
Untuk makeover Rashidah sangat mudah cuma Eye Back dan penekanan diberi pada shading bahagian pipi, dagu dan rahang muka. Rashidah tidak banyak karenah. Memang mudah bekerjasama dengannya. Cuma sedikit pendiam tetapi tidak membosankan Gee sebab ramai yang melihat Gee ketika memakeoverkannya. Dah macam kelas makeup pulak. "Yang foundation hijau tu untuk apa dik?" Kata salah seorang dari makcik yang melihat tidak berkelip. Katanya minat dengan dunia solekan. khusyuk betul makcik tu. Tak sempat lak Gee untuk rakamkan gambar kenang-kenangan bersamanya.
Pengunaan teknik socket digunakan untuk menampakkan kelopak matanya yang seakan mengantuk supaya menjadi sedikit bundar. Manakala penggunaan bulu mata panjang ke hadapan memberikan ilusi mata yang besar dan tidak sepet. Sapuan foundation digunakan jenis sedikit berminyak bagi menampakkan ilusi bermaya dalam situasi sebenar dan juga di dalam foto. Nyata! dengan seyuman Rashidah membuatkan makeup Gee bertenaga dan segar serta sesuai dengan karektornya.
Berikut adalah sesi bergambar bersama keluarga dan juga teman-teman. Tengok tu dalam sesi fotografi tetap busy dengan panggilan telifon. Untuk Majlis persalinan ini, Rashidah telah memilih baju Gown malam, Lenggar dan juga Sari. Nasib baik Gee ada bawak aksesori dan rambut kerana mereka hanya menyediakan pakaian persalinan sahaja. Alhamdulillah! kesemua perjalanan menyiapkan persalinan ini berjalan lancar. Malam selepas majlis. Ibu saudara Rashidah Kak Bed telah belanja kami makan pizza. Memang best! Tq Kak Bed Dan Keluarga.
Gee Cantik mengucapkan tahniah kepada pengantin iaitu Rashidah Ismail kerana sudi mendapatkan khidmat Gee Cantik Resources dan Gee Cantik telah memberikan cenderahati ringkas kepadanya agar menjadi sesuatu yang bermanfaat iaitu buku resipi Kompilasi Masakan Ayam. Jumpa lagi di lain masa... tapi Rashidah kena masak lauk ayam rendang.. kuang..kuang..kuang....
Ulasan