AYU DARI SEKSYEN 7, SHAH ALAM MENAWAN DI HARI PERKAHWINAN

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ
Dua minggu lepas Gee telah mempertaruhkan anak didik Gee iaitu Fie untuk menyempurnakan tanggungjawabnya untuk mencantikkan Ayu dari seksyen 7, Shah Alam. Di bantu dengan Kak Nora bersama rakannya membantu Fie untuk mencari rumah Ayu. Gee pada masa itu menghadiri kursus ESQ. Ada cerita menarik untuk Gee kongsikan bersama anda nanti mengenai ESQ program. Takpe lupakan kisah ESQ sekejap, kita tumpukan kepada solekan pengantin. Ayu dikatakan oleh Fie tidak banyak kerenah cuma memerlukan ketelitian dan finishing yang cantik. Setelah berbincang lebih awal antara Gee dan Fie, maka Fie menggunakan eyeshadow yang disarankan iaitu produk MAC. Dan kali ini penggunaan shimmer di serlahkan bagi menampakkan keceriaan. Seperti biasa Fie menggunakan teknik yang sama untuk shading di bahagian hidung antara faktor utama untuk membentuk hidung yang mancung dan juga dibahagian rahang pipi Ayu.
Katanya Ayu menyukai solekan Fie kerana kawan-kawan Ayu semua memberi komen positif. Alhamdulillah! Berkat usaha gigih Fie berjaya juga dia mendapat sentuhan yang hampir sama dengan Gee. Risau juga Gee jika hasil solekan Fie tidak disukai oleh Ayu. Bila Gee sms Ayu, ayu katakan mahu memberi komen setelah Gee memasukkan gambar di blog ini. Emm... Nervous... Harap komen memuaskan hati. Lihat hasil solekan before dan after di bawah.

Lihat sahaja gambar di atas, memang pandai Ayu bergaya malah potongan badannya membuatkan dia tampil menawan dan ceria. Bijak pilihan warna tanah memberikan semangat pada wajahnya. Untuk bakal pengantin yang lain pastikan warna baju anda sesuai dengan anda supaya anda tidak berwajah kusam di hari persandingan. Bukan semua warna boleh masuk dengan kulit anda. Ayu memilih warna tanah coklat supaya kelihatan lebih neutral. Selesa dengan pilihannya yang selamat.

Terima Kasih kepada Fie kerana mewakili Gee Cantik Resources untuk menyampaikan cenderahati ringkas ini. Gee doakan Ayu berbahagia bersama suami tersayang hingga ke akhir hayat. (kalau Ayu ada gambar dari photographer boleh kita kongsikan bersama peminat blog ini dan pelangan Gee yang tidak jemu melawat laman ini). Terima kasih kepada Kak Nora dan Butik pengantin di Padang Jawa kerana membantu Fie dalam menyempurnakan majlis Ayu. Selamat Pengantin Baru...

Ulasan

Achik Endy berkata…
cantik cantik cantik...
silverstardotcom berkata…
Hi, salam kenalan.
Kami membekal barangan /peralatan perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Sila layari http://silverstardotcom.blogspot.com.
TQ

Catatan Popular